Wednesday, November 6, 2013

Hantu Undi

Kalau dia kalah ada hantu datang undi dacing
Kalau dia menang hantu duk diam-diam dalam kubur

Ni baru betul politik


Monday, September 23, 2013

28 Juta

dalam 28 juta manusia yang wujud di malaysia ini, kenapa insan sebijak ini juga yang dipilih jadi menteri?


Monday, August 26, 2013

Masa Depan

Mereka bakal pemimpin masa depan negara kita, sedang berusaha menghasilkan 'masterpiece' tahap tertinggi di menara gading.


Tuesday, August 20, 2013

Syiah

Pung pang pung pang duk bersembang pasal Syiah. Syiah sesat, Syiah jahil, Syiah bahaya, Syiah mengarut habis semua dia tibai.

Tapi diri sendiri pun masih tunggang langgang solat 5 waktu.

Ya betul. Syiah itu sesat dan kita kena betulkan. Tapi itu fardu kifayah. Kalau dah ada orang buat maknanya kita dah terlepas dan tak perlu buat.

Tapi sembahyang 5 waktu itu fardu ain. Orang lain tak boleh tolong buat untuk kita. Kita kena buat sendiri.

Betulkan fardu ain dulu baru boleh lawan Syiah.

Wednesday, August 14, 2013

Roboh

Yang mana satu nak roboh? Surau yang ada orang kapiaq masuk semayang. Atau kedai nomboq ekoq yang ada orang melayu duk beratur nak tikam nomboq..

Tuesday, July 9, 2013

Bagi Aku 2 Bulan Setengah. Kalau Tidak, Siap Kau..



saya amat takut dengan cara orang gomen, khususnya big boss CUEPACS memohon bonus dari kerajaan. beliau seolah-olah meletakkan pisau di leher big boss gomen, sambil berkata 'baik kau bagi kitorang dua bulan setengah. kalau tak, siap kau..'

bagi orang kerja swasta, kita berkali-kali diingatkan bahawa bonus itu adalah hak mutlak syarikat. kalau syarikat ada untung nak bagi bonus, dia bagilah. kalau syarikat tak nak bagi, korang duduk diam-diam. kita tak boleh file kan kes di mahkamah perindustrian kalau company tak nak bayar bonus, sebab itu 'prerogative' mereka, walaupun kos sara hidup kita meningkat 200 kali ganda. yang mampu kita buat cuma menyumpah dan memaki hamun berbakul-bakul.

untung jugak kerja gomen ni..

laporan asal di sini.

Sunday, May 26, 2013

Bahaya Surat Khabar


mohon elakkan makan makanan yang dibungkus dengan kertas surat kabar. rasanya di bandar besar dah tak pakai surat khabar. mungkin di kampung-kampung masih ada lagi. untuk langkah keselamatan, boleh bawa bekas sendiri tiap kali nak beli goreng pisang.