Wednesday, April 13, 2011

Kisah Pak Hitam & Email Tipunya

Anda semua mesti pernah dapat email scam (tipu) dari pak hitam afrika kan? Selalunya benda yang anda akan semestinya meng'delete'kan email tersebut sambil memaki hamun dalam hati kan?

Gua pun selalu dapat benda alah ni. 3 hari sekali konpom ada satu masuk inbox. cilako! oleh sebab dah telampau fed-up dgn animal (baca: menatang) ni, gua pun ambil keputusan untuk reply balik email tu, tgk macam mana kesudahannya. berikut adalah jalan ceritanya (yang agak menarik).

1. pada satu hari, gua dapat satu email. gua pun baca.

2. lepas tu gua pun reply la email tu. nak menang 500 ratus juta paun ni beb (excited gile ni).


3. email tu pun jawab la balik. dia suruh bagi detail info.


4. gua pun bagi la apa yg dia nak (nak dapat duit beribu ribu paun ni kena la sacrifice sikit beb!). walaupun gua tak paham kenapa dia nak alamat email. #P/S: ada unsur-unsur 18SX sikit. harap maaf.


5. akhirny dia pun jawab balik. haha pas ni kalau gua jadi orang kaya, gua nak mintak maaf awal-awal kalau gua tak tegur sesetangah daripada anda. sebab gua dah kaya beb!



Last-last gua gelak sesorang. tak tau la pak hitam tu ke yang bangang atau gua sendiri yang bangang. haha.

Monday, April 11, 2011

Nasik Ayam Naik Harga!!!


opocot! tokojut den! nasik ayam feveret dah naik harga. berikut harga baru nasik ayam hainan singapore taman melawati:

nasi ayam biasa - rm4
nasi saja - rm1.50
ayam saja - rm3
nasi ayam lebih - rm7
nasi lebih ayam lebih - rm8

dulu mula-mula makan nasik ayam ni harga rm2. sekarang dah rm4. 100% kenaikan harga. mungkin mengikut kadar pasaran harga minyak sedunia yg hari ni mencecah $108 setong. tapi yang sedihnya, gaji ni mustahil ada kenaikan 100%. average dalam 4% - 10% je setahun. itu pun kalau company ada hati perut nak bagi increament.
macam mana ni?

Friday, April 8, 2011

Rupanya VC Aku Dulu BA****G

mat misai yang dalam video tu namanya ibrahim abu shah, bekas vice chancelor uitm. la ni dah tak jadi vc, mungkin antara sebabnya seperti yang dinyatakan oleh brader timbalan menteri sebelah dia. sila layan video ni sampai habis untuk tahu sebabnya.

Thursday, April 7, 2011

Sesape Yg Belum 'Like' Lagi, Cepat Le 'Like'kan


Pemain bola paling sempoi dlm dunia, Lionel Messi baru je bukak akaun facebook semalam. Tapi yang dasyatnya, page ni dapat hampir 7 juta 'LIKE' hanya dalam masa 7 jam. perghhh..

Menurut Yahoo, ini bermakna Messi dah hit 40% jumlah 'LIKE' yg diterima Barrack Obama dlm masa 7 jam sahaja. Tapi still jauh lg kalau nak kejar Lady Gaga (32 juta LIKE)  dan Cristiano Ronaldo (23 juta LIKE). Tapi tak lama lg sampai la tu

Tuesday, April 5, 2011

'papa, gambar kakak ada dalam buku!'

papa pun tak perasan gambar kakak ada dalam buku yelo pejes ni. gambar ni kakak shooting dah lama, kalau tak silap tahun lepas dalam bulan april. buku ni pun dah lama keluar, bulan sembilan tahun lepas lagi.
ingat nak gi beli frem gambar cantik-cantik, gantung gambar ni kat dinding. nak berbangga la konon.




situasi sebenar semasa shooting..

Monday, April 4, 2011

Kepada Sesiapa Yg Belum Tengok Video Panas Anuar

sekarang ni tengah panas sangat pasal video skandal mamat tu. buka paper pagi mesti pasal video, buka internet pun pasal video. dah sendat kepala otak.

untuk menghangatkan lagi keadaan, jom kita layan video ni. ini pun sensasi jugak. video ni pasal anuar, atau pun nama dalam surat beranaknya barney. tengok yg ini lg bagus, takde pekdahnya tengok yang carcosa tu.

selamat menonton.

Saturday, April 2, 2011

Rakyat Malaysia, Adakah Anda Sudah Bersedia

Dah ready ke belum? Bapak si dafi ni dah keluar stetmen. Alamatnya tak lama lagi la tu. Hmmm..