Thursday, May 5, 2011

Wednesday, May 4, 2011

Kisah Desperate Nak Kawin

the star, 4 may 2011

al kisahnya, disebabkan kekurangan modal untuk kahwain, si uda (26) dan si dara (25) merancang untuk buat satu 'penculikan'. so, pada hari ahad lepas jam 6.30 petang, mereka hantar satu sms kepada bapak si dara inform dia yang si dara dah kena culik. berikutnya jam 9 malam, mereka hantar satu lagi sms meminta si bapak menyediakan rm47,000 dan sebuah kereta sebagai tebusan untuk menyelamatkan si dara.

so apa lagi, si bapak buatlah report polis. disebabkan oleh ketangkasan polis, maka 'penculik' itu telah ditangkap pada hari isnin lepas jam 10.15 malam di kl sentral. maka terbongkarlah segala plot dan cerita mereka berdua. dan yang sadisnya, kes ini di siasat di bawah seksyen 3(1) akta penculikan, yang mana jika didapati bersalah, boleh membawa kepada hukuman mati atau penjara seumur hidup. sadis betul.

nasihat: kalau nak kawin, kumpullah duit awal-awal. kalau tak cukup jugak, pinjamlah dengan bank rakyat. jangan main culik-culik, bahaya.

Tuesday, May 3, 2011

Jackass 3D Movie Yang Memang Jack-Ass

Adik Kepada Kate

minggu lepas ketika wedding will & kate, ramai yang perasan ada pompuan cantik muka sebijik macam kate. just to share, pompuan tu actually adik kepada kate. namanya pippa middleton. nama penuhnya philippa charlotte middleton.

ramai rakyat UK sekarang wish untuk tengok pippa kawin ngan prince harry. but it's not going to happen sebab pippa sekarang tengah syok bercinta dengan best friend william, namanya alex loudon.