Tuesday, June 12, 2012

Pok Nik Jr. Turn 1


esok cukup 365 hari budak kecik ni berada di atas planet bumi. diharap dapat membesar sebagai johan, membantu agama, bangsa dan negara 1malaysia.

Saturday, June 9, 2012

Memecah Monopoli ASTRO


ASTROX yang akan memasuki pasaran televisyen berbayar tempatan pada bulan Julai depan dijangka akan berjaya memecahkan monopoli yang sekarang ini dikuasai oleh ASTRO. ini berikutan kehebatan ASTROX yang mampu mengekalkan isyarat siaran tv walaupun dalam keadaan hujan lebat, ribut petir dan banjir besar, tidak seperti ASTRO yang mana siarannya akan terganggu walaupun keadaan langit cuma gelap dan keadaan berangin dan hujan masih belum turun.

Benda Boleh Buat Duit


kepada sesiapayang ada stok banyak tu janganlah dibazirkan. boleh dikumpul dan dijual sekarang ni. kalau dah dapat duit tu, boleh la bayar balik loan ptptn.

Saturday, May 19, 2012

Final Piala FA 2012: Belakang Tabir

antara staf sime darby yang dipaksa hadir.

jam 7, stadium dah penuh.

geng ni tidur di SNBJ hari jumaat malam.

asmara di atas tangga stadium.

ruang atas tangga turut jadi komoditi berharga.

suspek baling mercun.

Friday, May 18, 2012

Final Piala FA 2012: Selamat Sampai & Selamat Pulang


Final Piala FA 2012, sesuatu untuk diperkatakan:

  1. Sime Darby sepatutnya menjadi lauk kepada TRW. Masa untuk Piya menjulang piala.
  2. Harga tiket RM40 untuk free seating. Masa TRWmasuk final piala FA 2009 lawan Selangor, tiket cuma RM20. Inflasi 100%.
  3. Berada di jalan-jalan di sekitar KL di pagi sabtu terasa seperti berada di kubang kerian, wakaf che yeh atau wakaf baru.
  4. Tiang gol perlu dilabel, untuk memudahkan daudsu mengelak kesilapan tahun lepas.
  5. FAM bangsat.
  6. Harap-harap penyokong TRW selamat sampai dan juga selamat pulang kembali ke Kelantan.

sekadar gambar hiasan. tiada kena mengena dengan yang telah hidup atau masih mati.

Tuesday, May 15, 2012

This Is Legend


post ini sempena hari guru. semasa saya darjah 6, saya telah meminta duit dengan mak saya untuk beli hadiah kepada cikgu-cikgu saya sempena hari guru. dengan duit rm2, saya telah berjaya membeli 4 unit barang di atas untuk dijadikan hadiah kepada 4 orang cikgu saya. sebenarnya saya bercadang untuk menghadiahkan i-pod tetapi dengan hanya RM2, saya tidak mampu.

walaupun hadiah saya itu tidak seberapa, tapi saya rasa cikgu-cikgu saya itu tetap berbangga kerana menerima sesuatu yang 'evergreen' dari saya. tetap boleh digunakan tanpa rasa malu walau selepas 30 tahun. tuala good morning itu ialah sesuatu yang legend.

Monday, May 7, 2012

Maksud Tersirat Lagu 'Coming Home'



lagu dendangan skylar grey ni memang tengah molotup sekarang ni sebab astro jadikan sebagai promo song untuk EURO 2012. tapi sebenarnya lagu ni bukan sekadar mengajak kita untuk 'coming home' untuk tengok bola di rumah. ianya lebih daripada itu kerana lagu ini mempunyai unsur-unsur ketuhanan.

saya terjumpa komen di bawah dalam youtube yang menjelaskan secara terperinci tentang maksud lirik lagu ni..

"Tell the world I'm coming home" -- Dying e.g. tell the world she'll no longer be here.
"Let the rain wash away, all the pain of yesterday" -- She had a hard life, in which she'll no longer have to suffer.
"And though my kingdom awaits" -- Kingdom of heaven, to which she'll belong
"And they've forgiven my mistakes" -- Forgiven her sins in life.
"I'm coming home, I'm coming home" -- She's content with it.

tak sangka you..