Wednesday, April 17, 2013

Kerusi

saya cukup menyampah jika terjumpa mana-mana statement yang berbunyi seperti berikut:

'dato ahmad albab yakin menang besar di kerusi dun pasir dua butir' atau 'yb abdul ghuyub yakin kerusi parlimen manhattan kekal milik parti cap kambing gurun'

seolah-olah rakyat yang menjadi pengundi kawasan tersebut adalah barangan komoditi yang boleh diperdagangkan. barang siapa yang menawarkan harga paling tinggi akan dapat memiliki para pengundi tersebut.

ingat. rakyat yang memilih pemimpin, bukan pemimpin yang tentukan siapa yang rakyat kena sokong. suka hati tengkorak kamilah siapa yang kami nak pilih.



Friday, April 5, 2013

Bubar

 
saya tidak mahu pemerintah yang ambil duit rakyat dan menabur kembali kepada rakyat sambil meminta mereka balas budi kerana janji telah ditepati.
 
saya tidak mahu pemerintah yang menjanjikan apa saja di antara langit dan bumi akan diberi percuma kepada rakyat, bukan setakat tol dan cukai. berjanji tak perlu keluar duit.
 
saya cuma mahu pemerintah yang amanah mentadbir, yang hormatkan rakyat dan takutkan tuhan.

Monday, March 18, 2013

Mekdonel

dulu masa saya kecil, mak saya selalu cakap:

kita ore susoh ni takleh make sokmo mekdonel. mekdonel tu mahal, ore kaya-kaya jah buleh make sokmo. kita make jare-jare skali pade lah.. (sila rujuk google translate untuk terjemahan bahasa)

itu dulu. zaman sekarang benda ni dah terbalik.

beger mekdonel sekarang rm5.95 dah boleh beli. campur air dengan ubi sekali.

nasi lauk ayam KAMPUNG goreng campur ulam secubit RM7.00.
 
nampak gaya saya kena bagitau mak saya balik: mok, loni nasi orang kampung lagi mahal pada beger mekdonel.

Tuesday, February 26, 2013

Tragedi


SIBU: Kegembiraan seorang lelaki warga emas meniduri seorang wanita berakhir dengan tragedi apabila dia ditemui mati di atas katil dipercayai sesak nafas akibat serangan jantung dalam kejadian di sebuah hotel di bandar ini semalam - Harian Metro, 26 Februari 2013.

diharapkan wang yang pakcik ni guna untuk beli 'ayam' tersebut bukannya wang BR1M. amatlah malang sekiranya betul wang tersebut adalah dari BR1M, kerana dibimbangi pihak kerajaan akan membatalkan niat mereka untuk menaikkan nilai bantuan tersebut dari RM500 kepada RM1000 tahun depan.

Tuesday, February 19, 2013

Setan Yang Di Rejam


kerja tarak, duit tarak tapi dah gatal kote nak kawin. mintak duit dengan mak, mak pun takde duit. last-last mak yang kena terajang.

dia ni memang setan.  setan yang patut direjam.

Sunday, February 17, 2013

F*ck Signal


perbuatan mengangkat jari tengah biasanya dilakukan bila seseorang dalam keadaan marah dan ingin memaki orang lain. amat jarang seseorang mengangkat jari tengah kepada orang yang baru beliau jumpa sebagai tanda persahabatan.

tapi, tahukah anda dari mana asal usul perbuatan mengangkat jari tengah ini bermula?

dikhabarkan ia bermula ketika zaman peperangan antara England dan Perancis yang berlaku ketika tahun 1300 - 1400. pihak tentera England dikatakan memiliki antara pemanah yang paling power dalam angkatan tentera mereka (ingat robin hood?). jadi, setiap kali tentera Perancis berjaya menawan askar England, mereka akan memotong jari tengah tentera England supaya mereka tidak boleh kembali memanah. akibatnya, setiap kali tentera England bertemu dengan tentera Perancis di medan perang, mereka akan mengangkat jari tengah kepada pihak Perancis dengan bongkaknya sebagai lambang untuk memberitahu yang mereka tetap pemanah terhebat dan pihak Perancis akan dikalahkan dengan mudah.

menarik cerita ini? sekarang anda tahu dari mana datangnya perangai buruk ini.

entah betul ke tidak cerita ni..