Friday, August 31, 2012

Resipi Beger Man vs Food Kg Cheras Baru

Bahan-bahan:

Daging kisar
Telur
Breadcrumb - nak lagi sedap, ambik biskut kering dan tumbuk sampai hancur
Bawang putih - tumbuk
Bawang besar - cincang halus
Lada hitam
Madu
Garam

Kaedah:

Campakkan kesemua bahan di atas tadi ke dalam mangkuk besar. Gaul sampai sebati dan bentukkan jadi beger patty. Nak buat bentuk pokemon pun boleh.

Goreng dalam kuali. Tak payah letak minyak dan jangan tekan macam orang jual beger tepi jalan. Agak-agak dah nak masak, letak cheese kat atas.

Hidangkan. Kat celah-celah tu jangan letak banyak aksesori. Tomato dan salad dah cukup.

Enjoice.

Friday, August 24, 2012

Katanya SAMSUNG Cilok APPLE..


sebuah mahkamah di negara amarika lahanat semalam memutuskan bahawa syarikat samsung telah bersalah meniru beberapa perincian kritikal dari ipad dan iphone milik syarikat apple untuk digunakan pada peranti mudah alih mereka. syarikat negara k-pop itu diarahkan untuk membayar gantirugi sebanyak usd1.05 billion kepada syarikat buah tersebut dan berdepan kemungkinan produk mereka diharamkan dari jualan. habislah staf samsung tak dapat bonus..

dan buat masa sekarang, para pengguna peralatan apple boleh berlagak sedikit sombong dengan pemilik barangan samsung. apa ni main tiru-tiru. tapi jangan terlalu berlagak kerana kes ini masih belum selesai. dikhabarkan bahawa sebenarnya apple meniru design produk-produk mereka dari sony. pulak dah..

mari kita lihat siapa yang kena. laporan asal di sini.

Monday, August 13, 2012

10 Reasons Why We Hate Facebook



walaupun kita mempunyai 800 sebab untuk membenci laman muka buku, tetapi ia tetap melekat..

Thursday, August 9, 2012

Lelaki Mohawk Di NASA



mamat mohawk yang bernama Bobak Ferdowsi ini menjadi superstar internet dalam sekelip mata bila gambar beliau disiarkan semasa program pelancaran Curiosity Rover ke planet marikh oleh NASA.

siapa sangka mamat punk rock berambut mohawk yang seakan penyanyi band rebel ini boleh bekerja di NASA, antara agensi kerajaan US yang paling power. normally kalau kita sebut NASA, kita akan terbayang mamat skema dengan baju kemeja bertali leher dan kacamata frame tebal, bukannya mamat punk rock berambut mohawk. beliau telah bertugas di NASA selama 9 tahun dengan jawatan sekarang sebagai Flight Director.

sejauh mana Bobak dah glamour? menurut theweek.com, pengikut akaun twitter beliau telah meningkat dari 200 orang kepada 200,000 dalam sekelip mata. para peminat beliau juga dah buat satu fanpage 'fuckyeahbobakferdowsi' di laman Tumblr dengan slogan 'NASA needs more mohawks' dengan pengikut seramai 18 ribu orang. setakat hari ini, beliau telah menerima lebih dari l lamaran dari peminat untuk berkahwin dengan beliau.

cool dude..

Wednesday, August 8, 2012

Bulu Terbakar Kena Lazer


Memang tergelak besar saya baca berita dalam Harian Metro ni.. Ada 2 perkara nak highlight.

1. Berita macam ni lah yang membuatkan Harian Metro menjadi akhbar nombor wahid di 1malaysia yang dibaca oleh 4 juta pembaca.

2. Ah Moi ni memang kaya sebab mampu potong bulu ari-ari pakai laser. Orang kebanyakan macam saya cuma mampu pakai pisau cukur peket yang dijual di Mydin Hypermart.

Monday, August 6, 2012

Nama Paling Panjang Di Sukan Olimpik London



mengikut yahoo.com, atlit angkat berat dari Iran SAEID MOHAMMADPOURKARKARAGH adalah atlit sukan olimpik london yang mempunyai nama paling panjang. dengan nama akhir beliau yang terdiri dari 21 huruf, ia..

1. sama banyak dengan jumlah pingat emas yang dimenangi sepanjang karier Michael Phelps
2. 17 huruf lebih panjang dari nama negara beliau

wallaweh..

Wednesday, August 1, 2012

Lagu JANJI DITEPATI Tiru Lagu Kristian? Biar Betul..


nampak gaya lagu yang sedang menduduki tangga teratas carta BILLBOARD TOP 100 WILAYAH NUSANTARA, lagu kemerdekaan negara 1malaysia yang bertajuk  Janji DiTepati memang tengah hot sekarang. tetapi sayangnya ia hot bukan sebab lagu tu bagus, tapi sebab beberapa isu yang kelakar. yang terbaru, ia dikatakan diciplak dari lagu keagamaan kristian (gospel) yang berasal dari indons.

lagu Janji DiTepati dikatakan diciplak melodinya dari lagu SERUKAN NAMANYA yang dinyanyikan oleh kumpulan TRUE WORSHIPPERS yang turut dianggotai oleh penyanyi terkenal RUTH SAHANAYA. lagu ini terkandung dalam album ALL THINGS NEW yang dikeluarkan pada tahun 2008. sekarang, silalah carik dalam TIUB ENGKAU..

nampak gayanya sekarang the indons mempunyai lebih alasan untuk marah kepada 1malaysia. sebelum ni mereka kata lagu Negaraku ditiru dari lagu Terang Bulan mereka dan kain batik juga ditiru dari budaya mereka. waduh.. kok bisa jadik begini dong..

tapi saya memang sedih sebab lagu kegemaran saya sekarang terlibat dalam pelbagai skandal.

laporan asal dari The Malaysian Insider.