Thursday, August 9, 2012

Lelaki Mohawk Di NASA



mamat mohawk yang bernama Bobak Ferdowsi ini menjadi superstar internet dalam sekelip mata bila gambar beliau disiarkan semasa program pelancaran Curiosity Rover ke planet marikh oleh NASA.

siapa sangka mamat punk rock berambut mohawk yang seakan penyanyi band rebel ini boleh bekerja di NASA, antara agensi kerajaan US yang paling power. normally kalau kita sebut NASA, kita akan terbayang mamat skema dengan baju kemeja bertali leher dan kacamata frame tebal, bukannya mamat punk rock berambut mohawk. beliau telah bertugas di NASA selama 9 tahun dengan jawatan sekarang sebagai Flight Director.

sejauh mana Bobak dah glamour? menurut theweek.com, pengikut akaun twitter beliau telah meningkat dari 200 orang kepada 200,000 dalam sekelip mata. para peminat beliau juga dah buat satu fanpage 'fuckyeahbobakferdowsi' di laman Tumblr dengan slogan 'NASA needs more mohawks' dengan pengikut seramai 18 ribu orang. setakat hari ini, beliau telah menerima lebih dari l lamaran dari peminat untuk berkahwin dengan beliau.

cool dude..

No comments:

Post a Comment

kalau rasa menyusahkan jangan komen ;)