Friday, August 24, 2012

Katanya SAMSUNG Cilok APPLE..


sebuah mahkamah di negara amarika lahanat semalam memutuskan bahawa syarikat samsung telah bersalah meniru beberapa perincian kritikal dari ipad dan iphone milik syarikat apple untuk digunakan pada peranti mudah alih mereka. syarikat negara k-pop itu diarahkan untuk membayar gantirugi sebanyak usd1.05 billion kepada syarikat buah tersebut dan berdepan kemungkinan produk mereka diharamkan dari jualan. habislah staf samsung tak dapat bonus..

dan buat masa sekarang, para pengguna peralatan apple boleh berlagak sedikit sombong dengan pemilik barangan samsung. apa ni main tiru-tiru. tapi jangan terlalu berlagak kerana kes ini masih belum selesai. dikhabarkan bahawa sebenarnya apple meniru design produk-produk mereka dari sony. pulak dah..

mari kita lihat siapa yang kena. laporan asal di sini.

2 comments:

kalau rasa menyusahkan jangan komen ;)