Friday, October 29, 2010

Hehe..

Pergghhhhh.. Terangkat..

Tuang dalam mangkuk. Perah asam limau. Campak cili padi. Letak tempoyak sikit.

Cicah ngan terung bakar.
Cicah ngan petai rebus.
Cicah ngan bendi rebus.
Cicah ngan jantung pisang.
Cicah ngan ulam raja.
Cicah ngan pucuk keterah.
Cicah ngan jering.

Fuhhh. Tak akan dihirau apa yang berlaku di sekeliling. Akan high dan stim. Ini dunia ana yang punyaaa..

Thursday, October 28, 2010

Anak Dara

Ni anak dara gua yang nombor 2. Ya betul.. anak dara, bukan anak teruna. Sekali tengok muka memang cam laki. 2 kali tengok pun still cam laki. Perangai pun cam laki, memang ganas. Hari-hari keje dia gaduh ngan kakak dia, anak dara gua yang nombor satu.

Tapi takpe, biar lah ganas. Ganas tapi lembut.

Perlukah Menara 5 Billion?

Gua rasa tak perlu. Gua pikir lagi bagus duit 5 billion to gomen buat menara pemancar broadband kat area rumah gua, biar gua dapat layan internet free seumur hidup. Lagi bagus. Tak yah gua melilau-lilau kat kedai mamak ngan mekdonel nak layan internet free.

Wednesday, October 27, 2010

Ingat Lagi Mamat Ni?

Ingat lagi mamat ni? Mamat ni namanya Paul. Mamat ni punya pasal, kecoh dulu satu dunia. Paul ni antara tok nujum terhandal pernah wujud kat dunia. Semua benda dia nujumkan mesti betul.

Tapi mamat Paul ni dah arwah baru-baru ni. Meninggal kat dalam akuarium masa umur 2 tahun. Bagus la jugak dia meninggal, takdela menyesatkan umat-umat Nabi Muhammad SAW kat dunia ni..

Yeaaaahhhh.. Masuk Final..

Dah 2 kali masuk final, berturut-turut.. tak menang lagi tak tau laaa...

Friday, October 22, 2010

Statement Menghina..

Gua ada terbaca kat Malaysia Today yang Raja Petra punya. Ada terbaca satu article yang dipetik dari The Star yang lebih kurangnya berbunyi:

'iklan tuala wanita boleh membawa masalah sosial. ia patut dharamkan'

Statement diatas dibuat oleh Ketua Puteri UMNO Johor semasa perhimpunan agung UMNO 2010.

Mungkin begini maksudnya:

'budak laki sekarang kalau tengok iklan pad diorang boleh stim, cam tengok filem blue. lepas tu mungkin dia nak rogol orang'

Aku rasa statement tu menghina bebudak lelaki sekarang. Dan yang biolnya aku rasa bukan bebudak lelaki tapi penghulu Puteri UMNO Johor tu..

Jeng Jeng Jeng...

Jeng jeng jeng. Malam ni ada bola. Kelate lawan kedah. Mintak-mintak Kelate menang. Boleh pegi tengok final kat bukit jalil lagi sekali.

Fuhhhhh..