Tuesday, July 9, 2013

Bagi Aku 2 Bulan Setengah. Kalau Tidak, Siap Kau..



saya amat takut dengan cara orang gomen, khususnya big boss CUEPACS memohon bonus dari kerajaan. beliau seolah-olah meletakkan pisau di leher big boss gomen, sambil berkata 'baik kau bagi kitorang dua bulan setengah. kalau tak, siap kau..'

bagi orang kerja swasta, kita berkali-kali diingatkan bahawa bonus itu adalah hak mutlak syarikat. kalau syarikat ada untung nak bagi bonus, dia bagilah. kalau syarikat tak nak bagi, korang duduk diam-diam. kita tak boleh file kan kes di mahkamah perindustrian kalau company tak nak bayar bonus, sebab itu 'prerogative' mereka, walaupun kos sara hidup kita meningkat 200 kali ganda. yang mampu kita buat cuma menyumpah dan memaki hamun berbakul-bakul.

untung jugak kerja gomen ni..

laporan asal di sini.