Thursday, April 28, 2011

Sumpah Atau Sesumpah?


situasi normal:

penuduh: ooo.. engkau rupanya yang curik butang baju melayu ake ye!
orang kena tuduh: sumpah!!! bukan aku yang curi..

situasi pelik:

penuduh: ooo.. engkau rupanya yang buat projek kat hotel tu ye!
orang kena tuduh: ???
penuduh: sumpah!!! aku nampak engkau bukak butang seluar..

Facebook Bahaya!!!


penggunaan facebook secara berlebihan boleh menyebabkan diri anda dirogol. semua pengguna facebook dinasihati, bermula hari ini, meminimumkan tempoh penggunaan facebook, atau seboleh-bolehnya berhenti terus.

Wednesday, April 27, 2011

Senangnya Alahai..


macam tu je orang gomen mintak naik gaji. senang betul..

aku pun nak cuba lah:

"bos, saya nak mintak naik gaji saya dari 1200 jadi 2400 sebab susu dumex 3 plus 1kg anak saya dah naik kepada rm24.50 , drypers wee wee dry L72 dah naik kepada rm35.90, beras jati super tempatan 10kg dah naik kepada rm34.90 dan minyak ron95 dengar cite pun akan naik tak lama lagi. boleh tak bos?"

Tuesday, April 26, 2011

Penyokong Kelantan Mengganas, Penyokong Selangor Ditumbuk Dan Dibunuh



eh, ok je gua tengok gambar kat atas tu? betul ke fans selangor kena belasah? betul ke ada yang mati? sebab headline macam tajuk entri ni memang selalu keluar dekat media arus perdana. penyokong kelantan ganas dan suka merusuh memang dah jadi stereotype gua rasa. tapi ok je gua tengok gambar kat atas tu.

(sila baca dengan nada sarkastik)

kredit: blog kelantanfa.com

Monday, April 25, 2011

Untuk Tatapan Para Perokok

the star 26 april 2011

versi bahasa melayu: rambut, telur serangga, bangkai lalat, serpihan kayu dan kertas, malah taik manusia (!!!) adalah antara benda yang terkandung dalam rokok haram.

nasihat: kalau nak hisap rokok, belilah kat 7 eleven walaupun mahal. kalau beli rokok murah dekat kedai indon, kang tak pasal-pasal terhisap taik. wakakaka..

Esok Cabut Gigi


dah le aku ni fobia ngan klinik gigi. tak boleh tengok player cabut gigi, seriau satu badan. demmit..

Saturday, April 23, 2011

Akhirnya Telorku Pecah


selepas 14 game. EMPAT BELAS tu bro!!!

Kita Orang Dah Tak Menyorok Dalam Semak Sekarang


mulai hari ni, kalau polis nak buat speed trap, polis tak akan main sorok-sorok dalam semak atau bawah fly over sambil pegang kamera lagi dah. malah polis akan bagi amaran dulu, supaya mereka yang sedang 'terbang' atas highway boleh slow down dulu. demikian diumumkan oleh big bos no 2 polis dalam malaysia.

elok gak tu. sebab gua sebenarnya kesian dengan abang polis yang jadi tukang 'tembak' speed trap. dah lah tengah panas, kekadang tu siap kena meniarap tak nak bagi orang nampak. at least sekarang tak yah main sorok-sorok lagi.

Thursday, April 21, 2011

EKSLUSIF: Temubual Bersama Email 1Malaysia


berikut adalah sedutan temubual antara penulis blog ini bersama email 1malaysia. temubual di buat di lobi pwtc hari khamis lepas. sila ikuti.

penulis: salam 1malaysia. apa khabar?
email 1malaysia: salam. khabar baik.
penulis: wah.. busy ye? memang susah nak dapat slot interview dgn u sekarang. maklumlah, orang femes..
email 1malaysia: ye lah, mintak maaf. semenjak 2 menjak ni i memang busy tak ingat. baru je tadi i kena terjah dengan nas ahmad dari melodi.
penulis: ok. boleh tak u explain kontroversi yang berlaku dekat u sekarang?
email 1malaysia: ok. tapi 1st of all, i nak bagitau u all, i ni sebenarnya dah lama kerajaan plan nak buat, sejak 2002 lagi. masa tu nama i email wawasan 2020. tapi lepas tu senyp. bila abang dol jadi pm, dia revise balik, tukar nama i jadi email gemilang terbilang & terbilang. lepas tu senyap balik. sekarang ni bila abang jib yg jadi pm dia hidupkan i balik, tukar nama i jadi nama sekarang.
penulis: so, apa yang kontrovesi nye?
email 1malaysia: yang jadi kontrovesinya sebab orang ramai ingat kerajaan buat i ni pakai duit rakyat. tapi sebenarnya pm bagi tau, i ni tak pakai duit rakyat, pakai duit swasta. benda ni kan dia ada tulis dalam dia punya twitter. u takde twitter ke?
penulis: err.. i takde twitter. i pakai fb je. ok. nak tanya lagi, apa kes dengan company yang dapat projek buat email ni? i dengar citer company tu dah kena highlight dengan bursa malaysia sebab ada financial problem?
email 1malaysia: yang tu i no komen.
penulis: and then ada orang cakap yang company tu ada link dengan adik pm yang jadi bos cimb? any komen?
email 1malaysia: no komen.
penulis: u ni dah jadi macam fasha sanda bila kena interview dengan melodi. asyik no komen je.
email 1malaysia: ada la jugak minat kat dia sikit-sikit.
penulis: next question. since u ni email free, macam mana nanti u nak compete dengan email free lain yang dah established macam gmail, yahoo dan msn?
email 1malaysia: i di maklumkan yang marketing plan untuk couter balik competition dengan email-email free lain dah siap. kita dah merancang untuk buat lucky draw kepada pengguna kita, kita akan buat weekly contest dengan hadiah utamanya melancong ke koh samui, kita akan buat roadshow yang macam jom heboh tu, pendek kita, memang kita dah ready.
penulis: hmm.. good planning. lastly, ada apa-apa yang u nak cakap kepada rakyat malaysia? sebelum kita akhiri interview ni.
email 1malaysia: i cuma nak sampaikan mesej ni kepada seluruh rakyat malaysia.. pakai je lah email ni, dah kerajaan nak bagi free. bukan kena bayar pun.
penulis: wow.. mesej yang penuh tersirat. ok lah, terima kasih kerana sudi luangkan masa untuk interview ni. salam 1malaysia.
email 1malaysia: ok.. ok.. sama-sama.

Mamat Ni Memang Bagus, Tapi..


tapi jangan bagi dia jadi pengulas untuk game yang melibatkan team selangor, sebab:

1. 80% masa perlawanan ulasan adalah pasal team selangor. balance 20% untuk team lawan.
2. SEMUA player team selangor akan dapat ulasan positif dari zainal. untuk team lawan, hanya 3-4 orang je akan diulas, itupun merujuk kepada kebodohan dan kekurangan player tersebut..
3. team lawan akan diulas seolah-olah mereka adalah team luar negara yang jahat yang perlu dikalahkan.
4. kalau player selangor dapat kad merah, itu sebab 'tekanan' dan 'kepenatan'. kalau player team lawan dapat kad merah, itu 'tindakan yang bodoh dan tidak wajar'.
5.dia akan bagitau mcm mana sepatutnya selangor kena buat secara taktikal, dari segi formasi dan jugak subs. team lawan? pegi mampos..

dah memang dia penyokong selangor..

Wednesday, April 20, 2011

Email 1Malaysia (Part II): Kan Dah Kantoi

Syarikat Tricubes Berhad yang diberikan kontrak 1Malaysia email bernilai RM50 juta kini berdepan dengan masalah kewangan, dan disenaraikan Bursa Malaysia sebagai status GN3. Seandainya syarikat ini gagal mengetengahkan program menstruktur semula kewangannya pada hujung Oktober 2011, maka ia mungkin berdepan dengan nasib untuk ditarik dari penyenaraian (delist).

Apa yang menarik, pemegang saham kedua terbesar Tricubes Berhad adalah Commerce Technology Ventures Sdn Bhd, iaitu Private Equity Fund yang ditubuhkan Bank Negara bersama Commerce Group (atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group).

Commerce Group atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group kini telah dinamakan sebagai CIMB Group, diterajui oleh adik Perdana Menteri Najib Razak, iaitu Nazir Razak Nazir Razak adalah Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group.

sumber: darisungaiderhaka.blogspot.com

Angry Birds. Kiut Tapi Ganas

game yang melalaikan umat manusia. menghasilkan kesan ketagihan seperti metaphetamine. tak caya cuba try.

Tuesday, April 19, 2011

Kak Limah Datang Rumah Malam Tadi


malam tadi baru sempat layan citer hantu kak limah. itupun beli dvd kat pasar malam pandan indah petang tu. bersungguh cina jual dvd tu convince gua, 'betul abang, ini gambar bagus punya, tarak tipu bang!'. nasib baik memang gambar dia ok.

keseluruhannya bagi gua cerita ni ok je. dapatlah 3 bintang gua bagi. takdelah hebat sangat pun. cuma lebih baik sikit dari zombie kampung pisang sebelum ni. cuma, kalau tak tengok sampai habis, memang tak perasan si che nin dengan si ayu tu sebenarnya hantu.

Email 1Malaysia: Kesannya Kepada Rakyat


dalam masa terdekat ni, setiap rakyat malaysia yg berumur 18 tahun ke atas akan dapat satu akaun email untuk berurusan secara terus dengan gomen. projek email 1malaysia ni diawardkan kepada tricubes sdn bhd dan khabarnya bernilai rm50 juta (hmmmm.. gua bau hancing kat sini).

objektif program, di benak kepala otak gua, agak kabur, sebab akaun email nikan kita boleh bukak free ngan google atau yahoo atau hotmail, tak payah mintak kerajaan spend rm50 juta duit cukai rakyat untuk tolong bukakan akaun email untuk kita. selain tu, macam mana nak suruh semua rakyat pakai email untuk urusan gomen sedangkan internet penetration rate kat malaysia baru 60%.

situasi di bawah mungkin timbul akibat daripada projek email ni:

jali pejabat tanah: pok leh, saya datang ni nak rampas tanah pok leh sebab 3 tahun dah pok leh tak bayar cukai tanah
pok leh: macam mana pok leh nak bayar, dah 3 tahun tak dapat bil
jali pejabat tanah: eh kan bil sekarang kita hantar pakai email. pok leh tak dapat email ke?
pok leh: tak dapat la, sebab tu tak bayar
jali pejabat tanah: mustahil emaill tu tak sampai. pok leh dah cek betul2 ke?
pok leh: dahhhh.. macam ni lah, kau hantar lagi sekali menate email tu, tapi kali ni kau pastikan kau tampal stem tu cukup2. aku ingat email dulu2 yg tak sampai tu sebab korang letak stem tak cukup harga, pejabat pos reject
jali pejabat tanah: !!!!!!!

Sebenarnya, Berapa Harga iPhone 4 Ni?


fakta semasa:

gaji seorang admin assistant di kl RM1500 sebulan
gaji seorang admin assistant di singapore SGD1500 sebulan
gaji seorang admin assistant di london GBP1300 sebulan

tapi,

iphone 4 dengan kontrak telco 24 bulan harganya RM1990 di kl
iphone 4 dengan kontrak telco 24 bulan harganya SGD210 di singapore
iphone 4 dengan kontrak telco 12 bulan harganya GBP199 di london

5mbps broadband package harganya RM149 sebulan di kl
10mbps broadband package harganya SGD49.80 sebulan disingapore
7mbps broadband package harganya GBP13.50 sebulan di london

persoalannya, kenapa serba serbi mahal di 1malaysia? itu belum lagi cerita pasal kereta. (bukannya nak cerita pasal iphone 4 pun).

Monday, April 18, 2011

Chan Ho Nam Atau Chan Hong Nam?

 chan ho nam
ketua kongsi gelap hung hing
bagi wilayah causeway bay
yang kemudiannya diangkat menjadi chairman hung hing

george chan hong nam
presiden parti supp
kalah pilihanaraya negeri sarawak
sedang berkira-kira untuk pencen dari politik

Saturday, April 16, 2011

Hari Yang Damai

entah kenapa tetiba hari ni rasa aman damai. lain macam je damainya. damai yang penuh dengan aura ketenangan. damai yang membuatkan seseorang tersenyum sesorang.

ohh.. mungkin ada kaitan dengan gambar di bawah..

wajah mereka-mereka yang rebah

Asyik Asyik Bola Orang Putih


susah betul nak dapat berita bola malaysia dalam paper orang putih. tau la paper orang putih, tapi paper ni keluar kat malaysia. orang malaysia yang beli. orang malaysia yang baca. pas tu kalau bola malaysia buat hal, paper ni jugak yang tukang kutuk. entah le.

Friday, April 15, 2011

Tahukah Anda???

haha. nasib baik bukan 'syah wat'.

Maharaja Lawak: 3 Terbaik Pilihan Saya

maaf jozan, nabil dan sepah. bukan anda. tapi mereka di bawah ini. hahahaha.. mereka ni otai. sesapa yang lahir hujung 70an mesti layan mereka ni. lawak ori beb.



Thursday, April 14, 2011

MP Indon Kantoi Layan Blue Dalam Parlimen


haaa. kan dah kantoi ! malu besar beb!

Arifinto ahli parlimen (MP) indonesia dari parti keadilan sejahtera (PKS) telah kantoi melayan video blue semasa sidang parlimen. beliau layan blue dalam parlimen menggunakan tablet (nampak macam ipad), mungkin lebih sesuai berbanding menggunakan desktop atau pun laptop. mungkin kalau pakai handphoe, imejnya terlalu kecil dan tak berapa clear. sebagai hukumannya, beliau bukan sahaja telah dipecat dari parti, malah diminta untuk khatam Al-Quran sebanyak sekali dalam tempoh 30 hari dari tarikh beliau kantoi. beliau juga diminta beristighfar sebanyal 100 kali dalam masa 40 hari. ok la tu, biar dia insaf sikit.

bila dengar kes ni, baru gua perasan, walaupun sejumlah ahli parlimen 1malaysia tergolong dalam kategori 'pendek akal' dan 'tahap iq yang rendah', tapi sebenarnya mereka lebih 'suci' dan 'mulia' berbanding ahli parlimen negara sebelah. hahaha.. betoi ka?

source: the jakarta post

Taib Mahmud Kena Sumpit

 agaknya la..

Wednesday, April 13, 2011

Kisah Pak Hitam & Email Tipunya

Anda semua mesti pernah dapat email scam (tipu) dari pak hitam afrika kan? Selalunya benda yang anda akan semestinya meng'delete'kan email tersebut sambil memaki hamun dalam hati kan?

Gua pun selalu dapat benda alah ni. 3 hari sekali konpom ada satu masuk inbox. cilako! oleh sebab dah telampau fed-up dgn animal (baca: menatang) ni, gua pun ambil keputusan untuk reply balik email tu, tgk macam mana kesudahannya. berikut adalah jalan ceritanya (yang agak menarik).

1. pada satu hari, gua dapat satu email. gua pun baca.

2. lepas tu gua pun reply la email tu. nak menang 500 ratus juta paun ni beb (excited gile ni).


3. email tu pun jawab la balik. dia suruh bagi detail info.


4. gua pun bagi la apa yg dia nak (nak dapat duit beribu ribu paun ni kena la sacrifice sikit beb!). walaupun gua tak paham kenapa dia nak alamat email. #P/S: ada unsur-unsur 18SX sikit. harap maaf.


5. akhirny dia pun jawab balik. haha pas ni kalau gua jadi orang kaya, gua nak mintak maaf awal-awal kalau gua tak tegur sesetangah daripada anda. sebab gua dah kaya beb!



Last-last gua gelak sesorang. tak tau la pak hitam tu ke yang bangang atau gua sendiri yang bangang. haha.

Monday, April 11, 2011

Nasik Ayam Naik Harga!!!


opocot! tokojut den! nasik ayam feveret dah naik harga. berikut harga baru nasik ayam hainan singapore taman melawati:

nasi ayam biasa - rm4
nasi saja - rm1.50
ayam saja - rm3
nasi ayam lebih - rm7
nasi lebih ayam lebih - rm8

dulu mula-mula makan nasik ayam ni harga rm2. sekarang dah rm4. 100% kenaikan harga. mungkin mengikut kadar pasaran harga minyak sedunia yg hari ni mencecah $108 setong. tapi yang sedihnya, gaji ni mustahil ada kenaikan 100%. average dalam 4% - 10% je setahun. itu pun kalau company ada hati perut nak bagi increament.
macam mana ni?

Friday, April 8, 2011

Rupanya VC Aku Dulu BA****G

mat misai yang dalam video tu namanya ibrahim abu shah, bekas vice chancelor uitm. la ni dah tak jadi vc, mungkin antara sebabnya seperti yang dinyatakan oleh brader timbalan menteri sebelah dia. sila layan video ni sampai habis untuk tahu sebabnya.

Thursday, April 7, 2011

Sesape Yg Belum 'Like' Lagi, Cepat Le 'Like'kan


Pemain bola paling sempoi dlm dunia, Lionel Messi baru je bukak akaun facebook semalam. Tapi yang dasyatnya, page ni dapat hampir 7 juta 'LIKE' hanya dalam masa 7 jam. perghhh..

Menurut Yahoo, ini bermakna Messi dah hit 40% jumlah 'LIKE' yg diterima Barrack Obama dlm masa 7 jam sahaja. Tapi still jauh lg kalau nak kejar Lady Gaga (32 juta LIKE)  dan Cristiano Ronaldo (23 juta LIKE). Tapi tak lama lg sampai la tu

Tuesday, April 5, 2011

'papa, gambar kakak ada dalam buku!'

papa pun tak perasan gambar kakak ada dalam buku yelo pejes ni. gambar ni kakak shooting dah lama, kalau tak silap tahun lepas dalam bulan april. buku ni pun dah lama keluar, bulan sembilan tahun lepas lagi.
ingat nak gi beli frem gambar cantik-cantik, gantung gambar ni kat dinding. nak berbangga la konon.




situasi sebenar semasa shooting..

Monday, April 4, 2011

Kepada Sesiapa Yg Belum Tengok Video Panas Anuar

sekarang ni tengah panas sangat pasal video skandal mamat tu. buka paper pagi mesti pasal video, buka internet pun pasal video. dah sendat kepala otak.

untuk menghangatkan lagi keadaan, jom kita layan video ni. ini pun sensasi jugak. video ni pasal anuar, atau pun nama dalam surat beranaknya barney. tengok yg ini lg bagus, takde pekdahnya tengok yang carcosa tu.

selamat menonton.

Saturday, April 2, 2011

Rakyat Malaysia, Adakah Anda Sudah Bersedia

Dah ready ke belum? Bapak si dafi ni dah keluar stetmen. Alamatnya tak lama lagi la tu. Hmmm..