Monday, October 31, 2011

Perangai Steve Jobs Yang Kita Tak Tahu


bila steve jobs meninggal dunia pada 5 oktober lepas, beliau diangkat dan dipuji dengan pelbagai gelaran yang maha agung. kita diberitahu bahawa beliau adalah antara manusia terhebat yang pernah hidup di muka bumi ini. namun tak banyak yang kita tahu tentang perangai buruk steve jobs ni.

menurut Walter Isaacson, penulis biography jobs, berikut adalah antara beberapa perangai buruk beliau yang ramai tak tahu..

  • he's not warm and fuzzy (bukan jenis yang mudah mesra)
  • he was very petulant (pembengis)
  • he was very brittle (cepat melenting)
  • he could be very mean to people at times (kadang-kadang berlaku kejam kepada orang lain)
  • he was a cantankerous character (seorang yang cerewet)
 ini antara perangai steve jobs yang telah diriwayatkan oleh isaacson. kalau nak tahu lebih lanjut, kena keluar duit lebih sikit beli autobiography jobs.

daripada apa yang diceritakan dalam buku tu, aku boleh kata yang jobs was a great inventor but not a great leader.

Thursday, October 27, 2011

Penduga Arus

umur baru 2 tahun. tapi bila nak keluar rumah, dah pandai tanya "naik kereta ke naik motor?".

Tak Habis-Habis Menu Rakyat 1Malaysia


tak habis lagi rupanya. sekarang ni pulak, ada orang cakap, kalau betul nasik kat kedai tu murah, apasal abe jib pegi tak bawak kak ros @bikmama?

apa kelas kak ros @bikmama nak makan kat kedai cam ni..

Saturday, October 22, 2011

Menu Rakyat 1Malaysia: Mitos Atau Fakta?


topik terhangat seantero tanah melayu minggu ini. betul ke tak betul abe jib pi makan tengah hari nasik harga rm3 (ada setengah kata rm4)? oleh itu, untuk menegakkan keadilan sejagat, gua pun dengan bangganya melakukan lawatan kerja sehari ke kedai berkenaan, restoran ukhwah di medan tuanku kl.

tapi sebelum tu nak minta maaf sebab takde real-time photo, sebab gua lupa bawa gua punya blekberi torch, yang ada cuma nokia torch yang ada torch light kat atas. gambar di atas di kat en pes dari intenet.

berikut adalah penemuannya:

  1. menu yang ditawarkan hanya untuk makan tengah hari. sila baca bunting yang ada di dalam kedai tu betul-betul. kalau korang pegi makan pukul 10 malam lepas tu kena caj mahal dan korang bedegar-degar cakap najib tipu, korang tu sebenarnya yang bangang.
  2. kalau ambik 1 lauk + sayur + papadom + air harganya rm3. kalau tambah 1 lagi lauk jadi rm4. jadi harga sebenar lauk yang najib makan tempoh hari ialah rm4 bukan rm3.
  3. hari yang gua pergi, lauk yang disediakan ialah ayam masak lemak cili api, ayam kicap, sayur kobis goreng dan air sirap. kualiti makanan, emmm.. gua kasi 3 bintang dari markah penuh 5.
  4. gerai untuk menu rakyat ni berada di luar kedai, di kaki lima. sebelah kaunter tu ada bunting menu rakyat. kalau korang pilih untuk ambik menu rakyat ni, akan terasa seperti rakyat kelas bawahan sebab makanan korang berada di luar kedai, bukan di dalam kedai. jangan berangan nak duduk macam najib dalam gambar atas.
  5. kalau korang masuk dalam kedai dan ambik nasik serta lauk yang di'display' di kabinet lauk, maka korang akan dicaj harga biasa, bergantung kepada lauk yang korang ambik. lagi sekali kalau korang marah-maeah dan tulis dalam blog najib tipu, korang tu sebenarnya yang bangang.
  6. harga pakej rm3 @ rm4 termasuk air sirap balang. kalau oder air sirap limau asing, maka harga lain akan dicaj. lagi sekali, jangan jadi bangang.
secara kesimpulannya, gua boleh kata, benda ni is worth the money. mana nak cari nasik + air harga rm4 kat kl ni? rasanya kat taiping pun tak dapat. dan, apa kita nak expect dari nasik harga rm4? takkan nak sama macam nasik kandar beratur kat penang kot? yang sebetulnya benda ni jadi isu sebab dah dipolitikkan oleh kedua-dua belah pihak, bi en dan pi ar. dua-dua bangang.

Monday, October 17, 2011

Lagi Dalil Pilihanraya Makin Hampir


bila jalan yang tak rosak tiba-tiba ditar semula. bila sepanjang jalan dari rumah hingga ke tempat kerja banyak tempat orang repair jalan. bila batas-batas sawah turut ditar. itulah dalil-dalil bahawa pilihanraya makin dekat.

tapi kot ye pun nak repair jalan, tunggulah time orang semua dah pegi keje atau dah selamat balik rumah. jangan le repair jalan pukul 8.00 pagi hari bekerja. itu kerja bangang namanya.

Thursday, October 13, 2011