Wednesday, March 28, 2012

The Opposite Side

Aishah H.

feveret kaler ialah purple
artistik
banyak menggunakan otak kiri
subjek kegemaran ialah lukisan
hobinya suka berkawan

Aishah A.

feveret kaler ialah pink
akademik
banyak menggunakan otak kanan
subjek kegemaran ialah matematik
hobinya mengemas rumah

Friday, March 23, 2012

Excuse Paling Power Untuk Orang Yang Susah Bangun Pagi


ARTIS KITA, WAJAH KITA


p/s: mangkuk perasan hensem ni adalah dalam satu golongan dengan budak kuantan yang pegi tidur rumah boifren tapi mengaku kena culik.


Monday, March 19, 2012

Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera

bila umur dah masuk pertengahan 30an, banyak benda yang dah berubah dalam diri kita yang kita tak perasan. bukan setakat dari segi fizikal seperti saiz perut dan saiz seluar yang kian meningkat saban minggu, bahkan juga dari segi sikap dan attitude. secara tidak sedar, kita akan terperasan 'eh, aku dulu bukan macam ni'.

antara contoh, perbandingan semasa zaman bujang dengan masa sekarang..

1. kalau zaman bujang, bawak kereta mesti nak buka cd/radio dengan volume 6 skala richter yang menggegarkan gegendang telinga. tapi sekarang bawak kereta jarang sangat buka radio/cd.

2. kalau zaman bujang, bawak keta time jem mesti naik angin. sumpah dan seranah dah macam berzikir. tapi dah tua ni, sumpah dan seranah dah berkurangan sebanyak 86.7%. still ada tapi tak banyak.

3. kalau zaman bujang dulu, kalau sembang mesti nak menang je. pantang ada orang berbeza pendapat, mesti nak debat. tapi sekarang benda ni dah tak ada. just agree to disagree.

banyak lagi yang saya perasan. tapi dah malas nak tulis. cuma nak bagitau je lah, bila dah semakin tua, priority hidup kita semakin berubah. itulah transformasi namanya.

sekadar gambar hiasan.

Monday, March 12, 2012

Buat Anak Untuk 12.12.12


barang siapa yang ingin mempunyai anak yang mempunyai tarik lahir power 12.12.12, maka minggu ini adalah minggu terakhir untuk proses pembikinan. ini kerana, jika anda berjaya mensenyawakan telur anda dengan telur isteri anda dalam minggu ini, benih tersebut memerlukan tempoh 38 minggu dalam kandungan dan dijangka dapat keluar pada 12.12.12. insya Allah, dengan izin tuhan.

dan jika anda berjaya mendapatkan zuriat yang mempunyai tarikh lahir power tersebut, usahlah dimegah-megahkan di dalam facebook atau twitter. tidak baik untuk kita riak.

tapi ingat, pesanan ini hanya sah untuk pasangan yang sudah berkahwin sahaja. yang belum kahwin, sendiri buat, sendiri tanggung. kubur lain-lain.

Friday, March 2, 2012

Kisah Benar

situasi ini di'apply'kan kepada banyak benda, bukan setakat untuk pilih underwear sahaja.