Wednesday, October 31, 2012

VIRUS Ganas


virus di atas adalah sangat ganas. beliau menyerang komputer kita dengan menyamar sebagai se-ekor anti-virus software. bila kita buka komputer yang ditelah dijangkiti oleh virus ini..

1. akan keluar paparan yang menunjukkan komputer sedang di scan untuk mencari virus.
2. keluar senarai puluhan virus yang kononnya telah menjangkiti komputer kita.
3. ia akan minta duit untuk hapuskan virus tersebut.
4. kita tak boleh buka internat mahupun apa-apa file dan program.

ia memang genius tetapi ganas. tetapi, sepandai-pandai virus melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. jika komputer anda telah dijangkiti, sila ikut panduan ini ini menyahkan virus tersebut.

p/s: jangan gabra. kalau anda gabra anda mungkin akan hantar komputer anda ke kedai repair yang akan mengakibatkan anda kerugian puluhan ringgit.

Sunday, October 21, 2012

Kuih Bulan HALAL Yang Was-Was




ini adalah kuih bulan keluaran THAI  THONG, antara kuih bulan yang paling sedap yang saya pernah makan. intinya yang paling power ialah Lotus Paste With Egg Yolk (inti biji teratai dengan kuning telur masin.. ekkk..)

tapi baru mendapat perkabaran dari ahli keluarga terdekat yang THAI THONG ini pernah mengupah designer untuk mendesignkan logo halal buat mereka. maknanya logo itu mungkin tidak ditauliahkan secara sah oleh pihak berkuasa agama. dan juga dilabarkan restoran kepunyaan mereka sememangnya tidak halalan-toyyiban.

adakah kuih bulan ini mempunyai unsur b@rbi? rasanya untuk mendapat pengesahan yang pasti, ia perlu dihantar ke makmal CSI.

Sunday, October 14, 2012

Jumper Bateri Umpama Polisi Insuran


jumper bateri kereta itu umpama polisi insuran.
selagi bateri kereta belum kong dan kereta tak boleh nak start, selagi tulah kita terkial-kial nak beli jumper.
sama macam insurans. selagi belum sakit, selagi tulah macam-macam alasan kita bagi bila nak beli insurans.
dan bila bateri kereta dah kong dan kereta tak mau hidup tanpa adanya jumper, ketika itu jugalah kita menyumpah-nyumpah diri sendiri dengan penuh kekesalan.
begitu jugalah bila badan dah sakit tanpa polisi insuran, saat itu jugalah kekesalan datang di hati.

Saturday, October 13, 2012

Detik Paling Nikmat


detik paling nikmat malam tadi bukanlah ketika makan nasik kukus ayam gorang berempah.
tetapi detik paling nikmat ialah pabila melihat haji nal dan rakan sekutunya terpaksa melihat selangor tumbang di shah alam dan terpaksa mengaku ke'power'an TRW sambil menelan air liur.

ambik kau haji nal..

Thursday, October 4, 2012

BOTAK Itu Cemerlang


dengar tu? menurut kajian yang dibuat oleh Wharton School di University of Pennsylvania (bukan Universiti Malaysia Pahang, UNIMAP), lelaki berkepala botak dilihat lebih bersifat maskulin, dominan. malah mereka kekadang dianggap lebih berpotensi untuk menjadi seorang pemimpin berbanding dengan lelaki berambut lebih panjang mahupun dengan rambut yang makin menipis.

dengar tu? tak caya, baca kat sini.

Lloyd Blankfein, Chairman and CEO of the Goldman Sachs Group: betol hok pok nik oyak tu..