Thursday, January 26, 2012

Everyday Carry.Com.. Blog Yang Sempoi

blog Everyday Carry ni telah di awardkan sebagai salah satu blog dalam The 10 Most Unique Blogs of 2011. Sebenanya ia bukan saja unik, malah dikategorikan sebagai pelik. Ianya unik dan pelik sebab blog ni adalah satu tempat untuk orang berkongsi gambar barang-barang yang mereka bawak dalam poket mereka setiap hari.

selepas belek entri dan gambar-gambar dalam blog ni, aku rasa orang-orang yang submit gambar tersebut lagi pelik. aku tak pernah terpikir ada orang bawak pisau lipat, lampu suluh dan pistol dalam poket mereka waktu pegi keje. and all these craps are not cheap! penah jumpa pisau lipat harga rm1500?

and this everyday carry (EDC) thing dah jadi macam satu sub-culture di dunia sebelah barat. some people are now seriously concerned about the things they carry. bukan setakat wallet dan henpon. mereka akan pastikan gadget-gadget tertentu berada dalam poket atau beg mereka sepanjang masa, bersedia untuk menghadapi apa-apa situasi yang mereka hadapi.

apa yang membuatkan blog ini menarik untuk dibaca ialah disebabkan semua contents datang dari readers submission yang pelbagai. kalau anda rasa apa yang ada dalam poket anda adalah barang-barang yang menarik untuk dipertontonkan, just snap a photo dan submit dekat blog ni. satu dunia boleh tengok. tapi so far, takde lagi orang bawak kondom dalam poket mereka..

cekidaut..








Wednesday, January 25, 2012

Mau Makan B@b!?


terserempak dengan iklan ni randomly masa tengah layan tenet. berjaya menahan diri dari ketawa terbahak-bahak pecah perut.

aku agak advertiser ni pakai GOOGLE TRANSLATE versi Kementerian Pertahanan yang terlampau sopistikated. haru beb..

Sunday, January 22, 2012

The Most Powerful Person

apa usha-usha ni? tak penah jumpa makcik gad ke?

meninjau mencari mangsa untuk ditiup wisel.

tiada siapa yang dapat menafikan bahawa makcik berbaju putih dan bertopi serta berseluar hitam adalah individu yang paling berkuasa di kolam mandi budak-budak KLCC.

dia tak pedulik, kau melayu , mat saleh, datuk, nenek, hitam, putih, bangla, vietnam, indon, negro, gila, sewel, kacak, bergaya, papa, kedana, gay atau lesbian, bijak atau bodoh, dia akan meniup wisel dan melayangkan kad merah kepada sesiapa sahaja yang memasuki kawasan kolam dengan memakai kasut atau selipar. dan tiada sesiapa yang berani melawan.

itu nasib baik dia tiup wisel je. paling kaut lepas tu pun dia cuma sound kita sambil berleter. macam mana kalau di masa depan makcik-makcik sekuriti ini dibekalkan dengan senapang patah dan diberi kuasa untuk menembak sesiapa sahaja yang memasuki kawasan kolam dengan berkasut?

Sunday, January 15, 2012

A Boring Sunday

mangkuk-mangkuk ni dah boring sangat agaknya. dah takde benda lain nak buat. nak bedebat aje kejenya.

apa pekdahnye debat-debat ni?

Tuesday, January 10, 2012

Hari Tak Pakai Seluar Sedunia.. Ada Berani?

para mat saleh kapir laknat di 27 negara seluruh dunia telah menyambut hari International No Pants Day pada 8 januari yang lepas. pada hari tersebut, para penduduk 59 kotaraya di negara-negara tersebut telah keluar bekerja menaiki subway dan keretapi bawah tanah tanpa memakai seluar, kain ataupun skirt. yang mereka pakai hanyalah seluar dalam semata-mata, baik jantan mau pun betina.

tahun ini adalah tahun yg ke 12 ia disambut dan ketika ia pertama kali dimulakan 11 tahun lalu, ia hanya disertai oleh 7 orang. mereka menganggap event ini adalah semata-mata sebagai prank dan lawak, dengan objektifnya adalah untuk mensuprisekan dan memalukan orang yang berada di sekeliling mereka sebab tengok mereka 0.5 (separuh) bogel.

bengong ah.. dah tebalik. dia yang telanjang, tak malu. tapi dia nak suruh orang yang tak telanjang malu tengok dia telanjang. ada berani buat kat 1malaysia?





Friday, January 6, 2012

Malay Civet Shirt Berbutang Three That Poke Eye

walaupun benda ni dah agak basi, aku still senyum sorang-sorang macam orang gila tiap kali baca. pagi tadi aku cek balik MOD punya website dan nampaknya diorang dah remove versi bahasa engrish. "NO TRANSLATION AVAILABLE" katanya. untuk tatapan, kat bawah adalah screenshot untuk kedua-dua bahasa engrish dan juga bahasa melayu yang di petik dari berita asal di The Star.

edisi siasat bahasa melayu


edisi bahasa engrish

kalaulah aku tahu begini situasi mereka, akan ku offerkan servis aku untuk buat copywriting bagi mereka. tak payah bayar RM250juta seperti yang dibayar kepada projek Lembus & Kondos. Cukuplah bayar aku consultation fees RM25 sejam campur RM50 kad top-up selkom.

apa pun, bukan ke BAJU MELAYU CEKAK MUSANG BERBUTANG TIGA sepatutnya dibaca.. CHOKED CIVET MALAY SHIRT WITH THREE BUTTONS? lol..

Thursday, January 5, 2012

Popcorn RM16

popcorn ini rasanya bukan untuk orang yang jenis macam aku, yang selalu mencari kedai makan yang kos makan tengah harinya tidak melebihi kadar rm5 untuk nasi beserta dengan air. garrett popcorn yang beasal dari chicarito chicago, amarika ini adalah popcorn golongan bangsawan, kerana harga sebungkus bermula dari rm16 sehinggalah yang paling mahal rm229 (lagi mahal dari henset aku dowhh..!!). dengan rangkaian perasanya terdiri dari  Plain, Buttery, CaramelCrisp, CheeseCorn, The Chicago Mix, Macadamia CaramelCrisp, Almond CaramelCrisp dan Cashew CaramelCrisp, rasanya popcorn ini cukup hip untuk remaja-remaja hipster yang selalu lepak di klcc, midvalley atau pavilion dengan kamera dslr tergantung di leher (apa ke jadah motifnya pun aku tak tau).

popcorn mahal ini hanya ada dijual di KLCC dan 1utama dan bersedialah untuk beratur panjang sejauh 3.5km jika datang pada hari minggu. aku tak pernah try lagi benda ni tapi aku gerenti kalau makan ni takkan ada biji jagung yang tak meletup akan melekat dicelah gigi, seperti yang berlaku setiap kali makan popcorn pasar malam.

 perasa CaramelCrisp yang ada kacang

clockwise from top: CaramelCrisp, The Chicago Mix dan Spicy CheeseCorn

outlet di KLCC

cerita asal baca sini.

Monday, January 2, 2012

Roti Yang Racist

ini roti MELAYU.

ini roti CINA.

la ni nak beli roti pun kena tengok warna kulit. bengong..
ini mesti belajar dengan LUIS SUAREZ ni..

nak tahu apa kes, baca sini.

Rock Kapak Ke Jinjang Pelamin



stedi lah bro. lain kali tak payah carik band lain datang main. sendiri kawin, sendiri sanding, sendiri goreng.