Wednesday, April 17, 2013

Kerusi

saya cukup menyampah jika terjumpa mana-mana statement yang berbunyi seperti berikut:

'dato ahmad albab yakin menang besar di kerusi dun pasir dua butir' atau 'yb abdul ghuyub yakin kerusi parlimen manhattan kekal milik parti cap kambing gurun'

seolah-olah rakyat yang menjadi pengundi kawasan tersebut adalah barangan komoditi yang boleh diperdagangkan. barang siapa yang menawarkan harga paling tinggi akan dapat memiliki para pengundi tersebut.

ingat. rakyat yang memilih pemimpin, bukan pemimpin yang tentukan siapa yang rakyat kena sokong. suka hati tengkorak kamilah siapa yang kami nak pilih.



Friday, April 5, 2013

Bubar

 
saya tidak mahu pemerintah yang ambil duit rakyat dan menabur kembali kepada rakyat sambil meminta mereka balas budi kerana janji telah ditepati.
 
saya tidak mahu pemerintah yang menjanjikan apa saja di antara langit dan bumi akan diberi percuma kepada rakyat, bukan setakat tol dan cukai. berjanji tak perlu keluar duit.
 
saya cuma mahu pemerintah yang amanah mentadbir, yang hormatkan rakyat dan takutkan tuhan.