Wednesday, November 6, 2013

Hantu Undi

Kalau dia kalah ada hantu datang undi dacing
Kalau dia menang hantu duk diam-diam dalam kubur

Ni baru betul politik


Monday, September 23, 2013

28 Juta

dalam 28 juta manusia yang wujud di malaysia ini, kenapa insan sebijak ini juga yang dipilih jadi menteri?


Monday, August 26, 2013

Masa Depan

Mereka bakal pemimpin masa depan negara kita, sedang berusaha menghasilkan 'masterpiece' tahap tertinggi di menara gading.


Tuesday, August 20, 2013

Syiah

Pung pang pung pang duk bersembang pasal Syiah. Syiah sesat, Syiah jahil, Syiah bahaya, Syiah mengarut habis semua dia tibai.

Tapi diri sendiri pun masih tunggang langgang solat 5 waktu.

Ya betul. Syiah itu sesat dan kita kena betulkan. Tapi itu fardu kifayah. Kalau dah ada orang buat maknanya kita dah terlepas dan tak perlu buat.

Tapi sembahyang 5 waktu itu fardu ain. Orang lain tak boleh tolong buat untuk kita. Kita kena buat sendiri.

Betulkan fardu ain dulu baru boleh lawan Syiah.

Wednesday, August 14, 2013

Roboh

Yang mana satu nak roboh? Surau yang ada orang kapiaq masuk semayang. Atau kedai nomboq ekoq yang ada orang melayu duk beratur nak tikam nomboq..

Tuesday, July 9, 2013

Bagi Aku 2 Bulan Setengah. Kalau Tidak, Siap Kau..



saya amat takut dengan cara orang gomen, khususnya big boss CUEPACS memohon bonus dari kerajaan. beliau seolah-olah meletakkan pisau di leher big boss gomen, sambil berkata 'baik kau bagi kitorang dua bulan setengah. kalau tak, siap kau..'

bagi orang kerja swasta, kita berkali-kali diingatkan bahawa bonus itu adalah hak mutlak syarikat. kalau syarikat ada untung nak bagi bonus, dia bagilah. kalau syarikat tak nak bagi, korang duduk diam-diam. kita tak boleh file kan kes di mahkamah perindustrian kalau company tak nak bayar bonus, sebab itu 'prerogative' mereka, walaupun kos sara hidup kita meningkat 200 kali ganda. yang mampu kita buat cuma menyumpah dan memaki hamun berbakul-bakul.

untung jugak kerja gomen ni..

laporan asal di sini.

Sunday, May 26, 2013

Bahaya Surat Khabar


mohon elakkan makan makanan yang dibungkus dengan kertas surat kabar. rasanya di bandar besar dah tak pakai surat khabar. mungkin di kampung-kampung masih ada lagi. untuk langkah keselamatan, boleh bawa bekas sendiri tiap kali nak beli goreng pisang.

Monday, May 13, 2013

Harapan


selepas barisan kabinet dibentuk, diharap datuk seri mohd najib dapat menstruktur semula fungsi pelbagai unit di bawah jabatan perdana menteri dengan membuang semua akronims yang memeningkan seperti GTP, ETP, SPV, DTF, NKRAs, NKEAs dan macam-macam lagi. mohon digantikan dengan perkataan yang mudah dihantar oleh pelajar sekolah.

Wednesday, April 17, 2013

Kerusi

saya cukup menyampah jika terjumpa mana-mana statement yang berbunyi seperti berikut:

'dato ahmad albab yakin menang besar di kerusi dun pasir dua butir' atau 'yb abdul ghuyub yakin kerusi parlimen manhattan kekal milik parti cap kambing gurun'

seolah-olah rakyat yang menjadi pengundi kawasan tersebut adalah barangan komoditi yang boleh diperdagangkan. barang siapa yang menawarkan harga paling tinggi akan dapat memiliki para pengundi tersebut.

ingat. rakyat yang memilih pemimpin, bukan pemimpin yang tentukan siapa yang rakyat kena sokong. suka hati tengkorak kamilah siapa yang kami nak pilih.



Friday, April 5, 2013

Bubar

 
saya tidak mahu pemerintah yang ambil duit rakyat dan menabur kembali kepada rakyat sambil meminta mereka balas budi kerana janji telah ditepati.
 
saya tidak mahu pemerintah yang menjanjikan apa saja di antara langit dan bumi akan diberi percuma kepada rakyat, bukan setakat tol dan cukai. berjanji tak perlu keluar duit.
 
saya cuma mahu pemerintah yang amanah mentadbir, yang hormatkan rakyat dan takutkan tuhan.

Monday, March 18, 2013

Mekdonel

dulu masa saya kecil, mak saya selalu cakap:

kita ore susoh ni takleh make sokmo mekdonel. mekdonel tu mahal, ore kaya-kaya jah buleh make sokmo. kita make jare-jare skali pade lah.. (sila rujuk google translate untuk terjemahan bahasa)

itu dulu. zaman sekarang benda ni dah terbalik.

beger mekdonel sekarang rm5.95 dah boleh beli. campur air dengan ubi sekali.

nasi lauk ayam KAMPUNG goreng campur ulam secubit RM7.00.
 
nampak gaya saya kena bagitau mak saya balik: mok, loni nasi orang kampung lagi mahal pada beger mekdonel.

Tuesday, February 26, 2013

Tragedi


SIBU: Kegembiraan seorang lelaki warga emas meniduri seorang wanita berakhir dengan tragedi apabila dia ditemui mati di atas katil dipercayai sesak nafas akibat serangan jantung dalam kejadian di sebuah hotel di bandar ini semalam - Harian Metro, 26 Februari 2013.

diharapkan wang yang pakcik ni guna untuk beli 'ayam' tersebut bukannya wang BR1M. amatlah malang sekiranya betul wang tersebut adalah dari BR1M, kerana dibimbangi pihak kerajaan akan membatalkan niat mereka untuk menaikkan nilai bantuan tersebut dari RM500 kepada RM1000 tahun depan.

Tuesday, February 19, 2013

Setan Yang Di Rejam


kerja tarak, duit tarak tapi dah gatal kote nak kawin. mintak duit dengan mak, mak pun takde duit. last-last mak yang kena terajang.

dia ni memang setan.  setan yang patut direjam.

Sunday, February 17, 2013

F*ck Signal


perbuatan mengangkat jari tengah biasanya dilakukan bila seseorang dalam keadaan marah dan ingin memaki orang lain. amat jarang seseorang mengangkat jari tengah kepada orang yang baru beliau jumpa sebagai tanda persahabatan.

tapi, tahukah anda dari mana asal usul perbuatan mengangkat jari tengah ini bermula?

dikhabarkan ia bermula ketika zaman peperangan antara England dan Perancis yang berlaku ketika tahun 1300 - 1400. pihak tentera England dikatakan memiliki antara pemanah yang paling power dalam angkatan tentera mereka (ingat robin hood?). jadi, setiap kali tentera Perancis berjaya menawan askar England, mereka akan memotong jari tengah tentera England supaya mereka tidak boleh kembali memanah. akibatnya, setiap kali tentera England bertemu dengan tentera Perancis di medan perang, mereka akan mengangkat jari tengah kepada pihak Perancis dengan bongkaknya sebagai lambang untuk memberitahu yang mereka tetap pemanah terhebat dan pihak Perancis akan dikalahkan dengan mudah.

menarik cerita ini? sekarang anda tahu dari mana datangnya perangai buruk ini.

entah betul ke tidak cerita ni..
 

Wednesday, February 13, 2013

Kampung


gulai serati
nasi berlauk
sup perut
ayam kampung kg geting
sate baung
colek seafood pantai 7
roti canai gear box
nasi air cherang
sup kaki cabang 4

orang balik kampung selalunya sebab nak jumpa keluarga. tapi ada orang balik kampung sebab misi makan. kalau ikutkan senarai makan di atas, rasanya balik kampung saya sangat sukses.

Tuesday, February 5, 2013

COKE Atau PEPSI?

 
ATAU..
 
 

Dengar cerita bulan 3 ni dah nak kena pilih balik. Anda nak pilih yang mana?

Saya tak pasti. Sebab dua-dua tak best. Tak sedap. Dua-dua brand boleh membuatkan kita kena kencing manis. Malahan minuman jenis di atas telah diharamkan di sekolah anak saya kerana didapati tidak sesuai untuk diminum oleh kanak-kanak. Lagipun, dua-duanya jenama asing.

Sunday, February 3, 2013

Hepi Besday Aishah

 masa umur 12 bulan

 masa umur 84 bulan

bukan harijadi kalau takde kek


Tuesday, January 29, 2013

Raja Piya

 

kalau saya jadi rajagopal, saya akan panggil piya dan turunkan beliau dalam 1 game yang susah, contohnya ketika malaysia menentang atletico madrid.

kalau piya main bagus, saya akan kata "ok, beliau memang layak untuk menyarung jersi malaysia dan akan dipertimbangkan untuk perlawanan yang seterusnya".

kalau piya main macam taik, saya akan kata "kan kawe oyak doh. sebab tu kawe tak panggil dia sebelum ni. nampak?".

setel. tutup buku. semua orang tak akan komplen lagi.

Stereotype Melayu

bila kita bercakap tentang bisnes yang dijalankan orang melayu, biasanya persepsi kita akan diselubungi oleh stereotype yang biasa. melayu buat bisnes? biasanya.. tidak cekap, tidak amanah, tidak jujur, servis tak bagus, janji tak betul, auta dan banyak lagi. itulah yang kita panggil stereotype.

tapi saya sebenarnya tak pandang sangat stereotype tersebut. bagi saya jika ada melayu nak berniaga, itu sudah cukup bagus. boleh lawan cina. boleh tingkatkan ekonomi bangsa dan agama kita. boleh tolong orang lain untuk maju sama.

tapi bila perkara ni berlaku, kena pikir balik. betul lah melayu ni..

Wednesday, January 23, 2013

Succesful Day


this is the way some of us define SUCCESS. dan kadang-kadang dalam sesetengah keadaan, ia memang definisi yang betul atau tepat.

tinggal lagi, samada 'GOT PAID' yang kita dapat itu berkat atau tidak. tepuk dada tanya perut.

Sunday, January 13, 2013

Peserta Himpunan KL112 Dibayar Upah

 
memang desas-desus ini kuat bertiup. kalau difikirkan logik akal, mana ada orang sanggup jalan kaki berbatu-batu dan duduk berhimpun di tengah panas terik secara percuma. paling bodoh pun mesti dapat duit poket buat beli air mineral dengan gudang garam.
 
dan ianya terbukti benar. peserta himpunan diberi upah. katanya yang datang dari johor dapat rm700. yang datang dari kelantan dapat rm300. tapi kalau tengokkan matawang di atas, ada yang dapat sampai rm10,000. fuhh, masyuuukkk..

Friday, January 11, 2013

Naik Taraf Pelacur


wow. gilanya..

persatuan pekerja seks di pekan Belo Horizonte di brazil, salah satu pekan yang akan jadi tuan rumah untuk piala dunia brazil 2014, akan menawarkan kelas tuisyen bahasa inggeris kepada para pelacur mereka. tujuannya ialah agar mereka bersedia dengan sebaik mungkin untuk menyambut pelancong ketika piala dunia berlangsung nanti.

mereka akan diajar kaedah perbualan harian dan juga istilah teknikal dalam seks. mereka diharapkan agar mampu bercerita tentang fantasi seks secara fasif kepada pelanggan mereka ketika mereka menjalankan tugas. setakat ini, seramai 300 orang pelacur telah mendaftar untuk kelas tuisyen ini.

nampaknya, sebagai tuan rumah, Brazil sedang memperlengkapkan pasukan mereka untuk aktivit di dalam dan juga luar padang. team bola mereka menang, pelacur mereka juga menang.

damn. this is what we call BUSINESS DEVELOPMENT..

Tuesday, January 8, 2013

Beer Cap Harimau Selatan

Suratan atau kebetulan? harimau yang sama atau adik-beradik kembar?

 
 pasukan terhebat tanah melayu (atas kertas)
 
 
beer terhebat negara gajah putih