Wednesday, June 27, 2012

Mamaku Cantik Papaku Botak


salah satu karya seni anak perempuan saya yang sulung. memang tulus dan ikhlas karya beliau.

bila ditanya 'kenapa rambut papa macam tu?',
jawabnya.. 'kan papa tak pernah ada rambut..'

hmmm..

Tuesday, June 26, 2012

Kasut ADIDAS Ke Penjara


tetapi sayangnya atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, kontrak unutk membekal kasut ke seluruh penjara di 1malaysia yang telah ditauliahkan kepada adidas terpaksa di tarik balik. maka tak dapatlah para tahanan penjara bergaya dengan kasut baru dari adidas.

namun begitu, sesiapa yang berminat masih boleh mendapatkan kasut di atas di kedai-kedai terpilih di amerika syarikat dengan harga usd350.

Monday, June 25, 2012

Transformasi




mengambil inspirasi dari dato seri 1najib 1razak, blog ini telah melakukan satu transformasi. nama blog telah ditransformkan kepada satu nama baru, sesuai dengan peredaran zaman yang menuntut kita supaya lebih berusaha gigih dan komited.

'republik of kuaci' merujuk kepada satu zon di mana minda kita bersantai seolah-olah seperti sedang makan kuaci sambil membaca entri-entri blog ini yang penuh ilmiah dan mencabar kewarasan minda.

jika tak faham sila buat-buat faham.

Saturday, June 23, 2012

Rahsia Terbongkar

sesungguhnya ini adalah rahsia agung, tidak diketahui oleh sesiapa pun termasuk saya sendiri hinggalah ke hari ini.

dengan ini saya ingin mengumumkan dengan penuh rasa bangga yang saya sebenarnya berkongsi tarikh lahir dengan salah seorang pemain bola paling agung abad ini.

dan sememangnya mereka yang lahir pada bulan june adalah dari golongan yang hebat.



Saturday, June 16, 2012

Hadiah Hari Bapa


di atas adalah petikan muka depan surat kabar berita minggu hari ini. dato seri 1najib 1razak akan menghadiahkan tayar percuma kepada para pemandu teksi meneusi skim Tayar Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) sempena pilihanraya yang semakin dekat.

mohon dato seri 1najib 1razak juga menghadiahkan tayar percuma kepada para bapa yang berkereta di negara 1malaysia ini sempena hari bapa pada hari ini. skim tayar percuma kepada para bapa ini boleh dinamakan TFKB1M (Tayar Free Kepada Bapa 1Malaysia).

moga tuhan panjangkan umur dato seri 1najib.

Tuesday, June 12, 2012

Pok Nik Jr. Turn 1


esok cukup 365 hari budak kecik ni berada di atas planet bumi. diharap dapat membesar sebagai johan, membantu agama, bangsa dan negara 1malaysia.

Saturday, June 9, 2012

Memecah Monopoli ASTRO


ASTROX yang akan memasuki pasaran televisyen berbayar tempatan pada bulan Julai depan dijangka akan berjaya memecahkan monopoli yang sekarang ini dikuasai oleh ASTRO. ini berikutan kehebatan ASTROX yang mampu mengekalkan isyarat siaran tv walaupun dalam keadaan hujan lebat, ribut petir dan banjir besar, tidak seperti ASTRO yang mana siarannya akan terganggu walaupun keadaan langit cuma gelap dan keadaan berangin dan hujan masih belum turun.

Benda Boleh Buat Duit


kepada sesiapayang ada stok banyak tu janganlah dibazirkan. boleh dikumpul dan dijual sekarang ni. kalau dah dapat duit tu, boleh la bayar balik loan ptptn.