Monday, November 26, 2012

Wednesday, November 21, 2012

Lebih Sanggup Masuk Penjara Dari Dengar Bini Berleter


sebab dah tak tahan sangat dengar bininya berleter, seorang lelaki di taiwan nekad untuk lakukan rompakan dengan harapan dirinya akan dipenjarakan. kononnya bila dah masuk jail, tak payah dengar leteran bininya lagi.

begitulah powernya leteran seorang bini. lepas ni boleh lah para bini sekalian ugut mana-mana suami yang degil dan berat tulang.. 'abang nak tolong saya kemas rumah ke abang nak masuk jail?'..

berita asalnya dari the star.

Sunday, November 18, 2012

Oh Yusmira..


memang kecoh di kota baru bila yusmira trading tarik diri jadi penaja untuk TRW bagi musim 2013. saya tulis ni bukan sebab nak ulas kenapa mereka tarik diri. cuma nak highlightkan PR mereka yang sudah fail.

1. mereka umumkan punca penarikan diri sebab mat yo dah nak belah dan TRW tak mampu nak handle isu ini. ini ialah statement bunuh diri sebab mereka mengaitkan diri dengan mat yo yang sekarang ialah 'public enemy' di kelantan. seolah-olah mereka cuma menaja mat yo. rasanya produk yusmira akan diboikot untuk sementara waktu di sana.
2. mereka ungkit jutaan ringgit telah dilaburkan untuk musim-musim sebelum ini. tapi mereka lupa umumkan apa yang telah mereka kaut dari pelaburan tersebut. rasanya berlipat ganda untungnya. menampakkan diri mereka sebagai saudagar yang tamak haloba.

jikalau (jika...) saya adalah tuan empunya yusmira trading, sebaik-baik kenyataan yang akan dibuat ialah seperti berikut:

1. terima kasih kepada KAFA sebab memberi peluang kepada kami untuk menjalinkan kerjasama yang sama-sama mendatangkan manfaat kepada kedua-dua pihak.
2. penghargaan kepada semua pihak yang telah menyokong yusmira.
3. disebabkan perancangan perniagaan yang berubah, yusmira tidak dapat meneruskan tajaan.
4. ianya agak mendukacitakan tetapi diharap akan ada lagi peluang selepas ini untuk bekerjasama.

memang itu hak mereka untuk tidak meneruskan tajaan. sesiapa tiada hak untuk menghalang. tetapi perkara ni boleh diuruskan dengan lebih baik. sekarang semua orang benci yusmira.

Iklan Facebook Power


semenjak 2 menjak ni saya tengok taraf facebook ni dah hampir sama dengan taraf tiang-tiang lampu jalan dan jugak pondok telefon awam. menjadi tempat orang tampal iklan-iklan murahan dan tidak berakhlak.

hairan betul la si mark zuckerberg ni. makin kaya perangai jadi makin buruk.