Monday, December 31, 2012

Politik 2013


Akhbar kerajaan:

"Anwar Ibrahim kentut berbau busuk, gadai maruah Melayu"

Akhbar pembangkang:

"Najib dicabar supaya kentut berbau wangi"

ini situasi politik negara yang saya jangka akan berlaku pada tahun 2013. pilihanraya semakin hampir, ahli politik semakin hilang akal.

Tuesday, December 25, 2012

Kad ATM Dari Carbon Fiber


penyelesaian kepada masalah kad atm atau kad kredit yang selalu patah bila letak dalam wallet. kerap dialami oleh jejaka yang letak wallet dalam poket belakang untuk kelihatan macho seperti saya.

berminat? sila email..

Thursday, December 20, 2012

Apa Orang Lain Pikir Pasal Kiamat 2012

kononnya hari ini, 21 disember 2012, dunia akan kiamat. ramalan ini dibuat oleh kaum mayan yang wujud di mexico sekitar tahun 1500. kata sesetengah orang, haram bagi orang islam percayakan benda ni. saya pun tak percaya, sebab tu saya belum habis bertaubat lagi (ishh.. boleh ke cakap macam ni?).

tapi ada sesetengah makhluk manusia yang percaya akan benda kiamat ni..

bala joe percaya dunia akan dilumpuhkan oleh ribut solar dan dunia akan bergelap selama berbulan-bulan. memang bala la bala joe ni..

ranjit percaya salji akan turun di negara kita..

geng ni percaya dunia akan diserang zombie, tsunami dan juga serangan penyakit yang dasyat.
 
 
sebenarnya kepercayaan kiamat ini wujud kerana kalendar ciptaan kaum mayan hanya mempunyai tarikh sampai 21 desember 2012 sahaja. mereka bukan secara terangan kata kiamat akan tiba pada hari ni. kesian, sebab orang mayan buat kalendar tak habis, bala joe dan rakan-rakan terpaksa bersusah payah.
 
laporan asal dari the star.

TITO VILANOVA Dan Saya Adalah Senasib

ini TITO

ini SAYA
 
dikhabarkan saudara TITO VILANOVA, jurulatih pasukan bola paling power di alam semesta BARCELONA akan meletakkan jawatannya dalam masa terdekat. ini apabila tumor yang pernah beliau hidapi kini hadir kembali walaupun telah dibuang melalui pembedahan pada november tahun lepas.
 
ini adalah benda yang sama pernah saya kena. tumor yang dikenali dengan nama Mucoepidermoid Carcinoma ini wujud di kawasan Parotid Gland, iaitu kawasan kelenjar air liur. tumor ini bersifat cancerous dan tahap bahayanya bergantung kepada grade sel kanser tersebut sama ada high grade (paling bahaya), medium grade (sederhana) atau low grade (paling tidak bahaya). saya masih dikira bernasib baik sebab tumor tersebut tidak kembali tumbuh. minta dijauhkan.
 
nampaknya kita berdua senasib. all the best to you encik tito.. walau apa yang terjadi, pasukan kendalian encik tito adalah team bola paling power gila babi pernah saya tengok.

Wednesday, December 19, 2012

Garam Air Mata


tekejut kambing. kononnya garam-garam dalam botol di atas diperbuat dari airmata manusia. proses bermula dengan merebus airmata, dibiarkan menjadi kristal dalam tangki khas dan akhir sekali dibilas dengan air masin. ia didatangkan dalam 5 perasa:

- airmata ketika marah (anger)
- airmata ketika potong bawang (chopping onions)
- airmata ketika bersin (sneezing)
- airmata ketika ketika (laughter)
- airmata ketika sedih (sorrow)

kalau rasa kuey tiow goreng atau mee bandung anda kurang masin dan kurang power, boleh la cuba powerkan dengan garam airmata di atas. boleh di order dari monster supplies pada harga 30 pound.

gila..

Tuesday, December 18, 2012

Reputasi Buruk i-City



saya belum pegi lagi i-city ni. orang cakap best kat sini. macam-macam ada. tapi banyak jugak cerita tak best yang saya dengar. tentang tiket mahal lah. pasal salji tipu lah. yang terbaru pasal harga makanan dan minuman mahal. air mineral 1.5l sebotol sampai rm5.

kalau macam ni, saya pun nak meniaga air mineral kat i-city..

cerita asal pasal air mineral ni baca di sini.

Tuesday, December 4, 2012

Awas! Blackberry Bisa Meletup


awas pengguna beri hitam di seluruh tanah 1malaysia. beri hitam itu bisa meletup. dinasihatkan jika mahu tidur, simpan beri hitam anda di dalam peti ais. ataupun sediakan sebijik fire extinguisher di sebelah katil anda jika selalu jadikan beri hitam sebagai jam loceng.

saudara kean mccreath kita di atas telah merasai akibatnya. beri hitam yang diletakkan di kaki beliau ketika tidur telah meletup dan kepingan plastik cair telah melekat di kaki beliau. lekatlah parut seumur hidup. katil beliau juga turut terbakar. kesian.

dicadangkan pengguna beri hitam semua menukar handphone anda kepada nokia 3210.

Monday, December 3, 2012

Review: Rise Of The Guardians


movie ini tentang 4 orang penjaga (guardians) kanak-kanak iaitu Santa Klaus, Easter Bunny, Tooth Fairy dan Sandman yang cuba memujuk bakal guardian ke-5 iaitu Jack Frost untuk bergabung tenaga menentang orang jahat yang bernama Boogeyman. Keempat-empat guradians asal itu selama ini hidup bahagia kerana kanak-kanak percaya akan kewujudan mereka. tetapi sebaliknya berlaku kepada Jack Frost. beliau hidup tidak bahagia dan tidak dapat dilihat oleh kanak-kanak kerana mereka tidak yakin beliau wujud.

tetapi kehidupan empat guardian asal itu terancam kerana Boogeyman bercadang untuk mendatangkan mimpi ngeri kepada kanak-kanak di seluruh dunia yang akhirnya akan membuatkan mereka tidak percaya lagi kepada empat guardian asal. maka dari sinilah Jack Frost menyedari tentang kepentingan untuk beliau bersatu-padu dengan guardian asal untuk menentang Boogeyman. ini juga adalah peluang kepada beliau untuk meyakinkan kanak-kanak yang sebenarnya beliau wujud dan bersama mereka.

secara amnya, jalan cerita movie ini adalah straight forward dan sememangnya sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak seperti saya. saya suka Jack Frost sebab dia baik, suka bermain dan ada tongkat sakti. saya sangat tidak suka kepada Boogeyman sebab dia jahat dan gigi dia kotor. dalam ramai-ramai guardians, Sandman adalah yang paling power walaupun badannya adalah yang paling chubby. cubalah tengok movie ini. agak best..

p/s: review ini adalah ditulis oleh anak perempuan saya.

Monday, November 26, 2012

Wednesday, November 21, 2012

Lebih Sanggup Masuk Penjara Dari Dengar Bini Berleter


sebab dah tak tahan sangat dengar bininya berleter, seorang lelaki di taiwan nekad untuk lakukan rompakan dengan harapan dirinya akan dipenjarakan. kononnya bila dah masuk jail, tak payah dengar leteran bininya lagi.

begitulah powernya leteran seorang bini. lepas ni boleh lah para bini sekalian ugut mana-mana suami yang degil dan berat tulang.. 'abang nak tolong saya kemas rumah ke abang nak masuk jail?'..

berita asalnya dari the star.

Sunday, November 18, 2012

Oh Yusmira..


memang kecoh di kota baru bila yusmira trading tarik diri jadi penaja untuk TRW bagi musim 2013. saya tulis ni bukan sebab nak ulas kenapa mereka tarik diri. cuma nak highlightkan PR mereka yang sudah fail.

1. mereka umumkan punca penarikan diri sebab mat yo dah nak belah dan TRW tak mampu nak handle isu ini. ini ialah statement bunuh diri sebab mereka mengaitkan diri dengan mat yo yang sekarang ialah 'public enemy' di kelantan. seolah-olah mereka cuma menaja mat yo. rasanya produk yusmira akan diboikot untuk sementara waktu di sana.
2. mereka ungkit jutaan ringgit telah dilaburkan untuk musim-musim sebelum ini. tapi mereka lupa umumkan apa yang telah mereka kaut dari pelaburan tersebut. rasanya berlipat ganda untungnya. menampakkan diri mereka sebagai saudagar yang tamak haloba.

jikalau (jika...) saya adalah tuan empunya yusmira trading, sebaik-baik kenyataan yang akan dibuat ialah seperti berikut:

1. terima kasih kepada KAFA sebab memberi peluang kepada kami untuk menjalinkan kerjasama yang sama-sama mendatangkan manfaat kepada kedua-dua pihak.
2. penghargaan kepada semua pihak yang telah menyokong yusmira.
3. disebabkan perancangan perniagaan yang berubah, yusmira tidak dapat meneruskan tajaan.
4. ianya agak mendukacitakan tetapi diharap akan ada lagi peluang selepas ini untuk bekerjasama.

memang itu hak mereka untuk tidak meneruskan tajaan. sesiapa tiada hak untuk menghalang. tetapi perkara ni boleh diuruskan dengan lebih baik. sekarang semua orang benci yusmira.

Iklan Facebook Power


semenjak 2 menjak ni saya tengok taraf facebook ni dah hampir sama dengan taraf tiang-tiang lampu jalan dan jugak pondok telefon awam. menjadi tempat orang tampal iklan-iklan murahan dan tidak berakhlak.

hairan betul la si mark zuckerberg ni. makin kaya perangai jadi makin buruk.

Wednesday, October 31, 2012

VIRUS Ganas


virus di atas adalah sangat ganas. beliau menyerang komputer kita dengan menyamar sebagai se-ekor anti-virus software. bila kita buka komputer yang ditelah dijangkiti oleh virus ini..

1. akan keluar paparan yang menunjukkan komputer sedang di scan untuk mencari virus.
2. keluar senarai puluhan virus yang kononnya telah menjangkiti komputer kita.
3. ia akan minta duit untuk hapuskan virus tersebut.
4. kita tak boleh buka internat mahupun apa-apa file dan program.

ia memang genius tetapi ganas. tetapi, sepandai-pandai virus melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. jika komputer anda telah dijangkiti, sila ikut panduan ini ini menyahkan virus tersebut.

p/s: jangan gabra. kalau anda gabra anda mungkin akan hantar komputer anda ke kedai repair yang akan mengakibatkan anda kerugian puluhan ringgit.

Sunday, October 21, 2012

Kuih Bulan HALAL Yang Was-Was




ini adalah kuih bulan keluaran THAI  THONG, antara kuih bulan yang paling sedap yang saya pernah makan. intinya yang paling power ialah Lotus Paste With Egg Yolk (inti biji teratai dengan kuning telur masin.. ekkk..)

tapi baru mendapat perkabaran dari ahli keluarga terdekat yang THAI THONG ini pernah mengupah designer untuk mendesignkan logo halal buat mereka. maknanya logo itu mungkin tidak ditauliahkan secara sah oleh pihak berkuasa agama. dan juga dilabarkan restoran kepunyaan mereka sememangnya tidak halalan-toyyiban.

adakah kuih bulan ini mempunyai unsur b@rbi? rasanya untuk mendapat pengesahan yang pasti, ia perlu dihantar ke makmal CSI.

Sunday, October 14, 2012

Jumper Bateri Umpama Polisi Insuran


jumper bateri kereta itu umpama polisi insuran.
selagi bateri kereta belum kong dan kereta tak boleh nak start, selagi tulah kita terkial-kial nak beli jumper.
sama macam insurans. selagi belum sakit, selagi tulah macam-macam alasan kita bagi bila nak beli insurans.
dan bila bateri kereta dah kong dan kereta tak mau hidup tanpa adanya jumper, ketika itu jugalah kita menyumpah-nyumpah diri sendiri dengan penuh kekesalan.
begitu jugalah bila badan dah sakit tanpa polisi insuran, saat itu jugalah kekesalan datang di hati.

Saturday, October 13, 2012

Detik Paling Nikmat


detik paling nikmat malam tadi bukanlah ketika makan nasik kukus ayam gorang berempah.
tetapi detik paling nikmat ialah pabila melihat haji nal dan rakan sekutunya terpaksa melihat selangor tumbang di shah alam dan terpaksa mengaku ke'power'an TRW sambil menelan air liur.

ambik kau haji nal..

Thursday, October 4, 2012

BOTAK Itu Cemerlang


dengar tu? menurut kajian yang dibuat oleh Wharton School di University of Pennsylvania (bukan Universiti Malaysia Pahang, UNIMAP), lelaki berkepala botak dilihat lebih bersifat maskulin, dominan. malah mereka kekadang dianggap lebih berpotensi untuk menjadi seorang pemimpin berbanding dengan lelaki berambut lebih panjang mahupun dengan rambut yang makin menipis.

dengar tu? tak caya, baca kat sini.

Lloyd Blankfein, Chairman and CEO of the Goldman Sachs Group: betol hok pok nik oyak tu..

Tuesday, September 25, 2012

Kawasaki W800 Di Pandan Indah



saya pernah bercerita tentang motosikal kawasaki w800 sebelum. motor ini ialah sebijik superbike 800cc yang berkonsepkan retro ala-ala motor zaman p ramlee seperti norton, triumph dan bsa.

dan semalam motor ini telah ditemui sebijik secara live di pandan indah. jika dilihat dari jauh tiada yang menarik dan menonjol, seolah-olah sebiji kapcai buruk. jika dibelek dengan lebih dekat, memang kita akan tahu ini lain dari yang lain.

cepat kompol duit..

Thursday, September 20, 2012

Guidelines Kepada Lady Boss

 
kepada semua lady boss seantero dunia, guidelines di atas dikeluarkan untuk anda. sama ada mahu ikut atau tidak, bergantung kepada naluri masing-masing. kalau ikutkan kepada cara guidelines itu ditulis, seolah-olah sekarang sebahagian besar lady boss adalah:
 
  •  seorang yang gabra, tidak relaks
  • tidak suka berbincang dengan orang bawahan
  • mempunyai ego tinggi
  • terlalu tegas dan garang
  • tidak pandai mengambil hati orang bawahan
  • suka memberi arahan dan over control (lebih kurang macam queen control)
betul atau tidak, wallahu a'lam..

laporan asal dari the star.

Friday, September 14, 2012

Fakta Dunia Pertama


First World Facts adalah salah satu page yang saya follow di twitter.com dan telah menjadi page nombor wahid yang saya minat. page ini sangat bagus kerana ia tidak bergosip tentang rozita che wan atau pun berpolitik tentang ambiga dan lgbt. page ini sangat bagus kerana ia memaparkan fakta-fakta yang kita tidak pernah dengar dan kadang-kadang sangat berilmiah.

berikut adalah beberapa fakta yang pernah dipaparkan. (maaf, saya malas nak translate ke dalam bahasa punjabi..)

1. Heavier women tend to be more intelligent; They also tend to produce more intelligent children
2. Mosquitos are attracted to people with stinky feet
3. Louis Vuitton burns their unsold merchandise so it won't be sold at a discount
4. Laughter is a proven way to lose weight
5. 91% of women will rather cancel their first date than showing up without make up
6. People who routinely consume fast food are 51% more likely to suffer from depression
7. If you are 6 feet 2 inches tall, then you are taller than 94% of the world
8. Your Twitter picture by default is an egg because we are all babies of the Twitter Bird
9. The average person looks at their phone 150 times a day
10. Women tend to be more attracted to men who don't show as much of an interest in them

entah betul ke tidak semua fakta yang dipaparkan, wallahu a'alam. tapi sesetengah darinya memang true. please do follow them kalau anda juga follow lisa surihani.

Britney Belajar Gangnam

ok. first thing saya nak cakap. memang saya tak cam itu britney spears. ingatkan cikgu sekolah tadika mana tadi. damn..

Thursday, September 13, 2012

Contoh Lelaki Gay Mengikut Garis Panduan Kementerian Pendidikan

perkara ni memang tengah hangat sekarang. lebih hangat dari oppa gangnam style. ramai yang setuju, ada yang bangkang dan ada juga yang senyum sinis.

menteri pelajaran telah menyokong satu 'garis panduan' kepada ibubapa untuk mengenal pasti simptom gay dan lesbian pada anak mereka bagi mengambil langkah berjaga-jaga untuk membetulkan keadaan. berikut adalah panduan yang menggariskan empat ciri gay:

1. mempunyai badan sasa dan suka menunjukkan aset di badan.
2. suka memakai baju yang ketat dan fit mengikut tubuh dengan warna yang terang.
3. lebih cenderung minat kepada lelaki.
4. suka berjalan-jalan dengan membawa beg yang besar seperti beg perempuan.

berdasarkan ciri-ciri di atas, rasanya lelaki di bawah boleh dikategorikan sebagai gay. sah, mamat ni memang gay..


Saturday, September 8, 2012

Tiada Pertambahan Jumlah Hantu Pada Musim Perayaan Hantu Lapar


menurut miss chow dari Penang, jumlah hantu yang merayau-rayau pada musim perayaan hantu lapar (hungry ghost month festival) adalah sama sahaja dengan bulan-bulan yang lain. menurut beliau yang mengaku boleh melihat hantu, orang ramai tidak perlu risau dan takut kerana tiada pertambahan luar biasa kepada jumlah hantu pada bulan tersebut.

menurut miss chow lagi, hantu tersebut biasanya tidak mengganggu manusia jika mereka dibiarkan bersendirian. hantu tersebut akan beratur untuk mengambil makanan yang disediakan oleh manusia. tetapi mereka tidak boleh makan secara fizikal, hanya boleh mengambil bau sahaja seperti nasib yang menimpa abdul wahub dalam cerita 3 abdul.

sepatutnya awal-awal dulu miss chow ini dijemput oleh uncle seekers untuk tampil dalam rancangan seekers bersama pengacara cun rebecca nur islam yang tidak bertudung walaupun nama beliau mengandungi kalimah islam.

berita asal dari akhbar the star.

Friday, August 31, 2012

Resipi Beger Man vs Food Kg Cheras Baru

Bahan-bahan:

Daging kisar
Telur
Breadcrumb - nak lagi sedap, ambik biskut kering dan tumbuk sampai hancur
Bawang putih - tumbuk
Bawang besar - cincang halus
Lada hitam
Madu
Garam

Kaedah:

Campakkan kesemua bahan di atas tadi ke dalam mangkuk besar. Gaul sampai sebati dan bentukkan jadi beger patty. Nak buat bentuk pokemon pun boleh.

Goreng dalam kuali. Tak payah letak minyak dan jangan tekan macam orang jual beger tepi jalan. Agak-agak dah nak masak, letak cheese kat atas.

Hidangkan. Kat celah-celah tu jangan letak banyak aksesori. Tomato dan salad dah cukup.

Enjoice.

Friday, August 24, 2012

Katanya SAMSUNG Cilok APPLE..


sebuah mahkamah di negara amarika lahanat semalam memutuskan bahawa syarikat samsung telah bersalah meniru beberapa perincian kritikal dari ipad dan iphone milik syarikat apple untuk digunakan pada peranti mudah alih mereka. syarikat negara k-pop itu diarahkan untuk membayar gantirugi sebanyak usd1.05 billion kepada syarikat buah tersebut dan berdepan kemungkinan produk mereka diharamkan dari jualan. habislah staf samsung tak dapat bonus..

dan buat masa sekarang, para pengguna peralatan apple boleh berlagak sedikit sombong dengan pemilik barangan samsung. apa ni main tiru-tiru. tapi jangan terlalu berlagak kerana kes ini masih belum selesai. dikhabarkan bahawa sebenarnya apple meniru design produk-produk mereka dari sony. pulak dah..

mari kita lihat siapa yang kena. laporan asal di sini.

Monday, August 13, 2012

10 Reasons Why We Hate Facebook



walaupun kita mempunyai 800 sebab untuk membenci laman muka buku, tetapi ia tetap melekat..

Thursday, August 9, 2012

Lelaki Mohawk Di NASA



mamat mohawk yang bernama Bobak Ferdowsi ini menjadi superstar internet dalam sekelip mata bila gambar beliau disiarkan semasa program pelancaran Curiosity Rover ke planet marikh oleh NASA.

siapa sangka mamat punk rock berambut mohawk yang seakan penyanyi band rebel ini boleh bekerja di NASA, antara agensi kerajaan US yang paling power. normally kalau kita sebut NASA, kita akan terbayang mamat skema dengan baju kemeja bertali leher dan kacamata frame tebal, bukannya mamat punk rock berambut mohawk. beliau telah bertugas di NASA selama 9 tahun dengan jawatan sekarang sebagai Flight Director.

sejauh mana Bobak dah glamour? menurut theweek.com, pengikut akaun twitter beliau telah meningkat dari 200 orang kepada 200,000 dalam sekelip mata. para peminat beliau juga dah buat satu fanpage 'fuckyeahbobakferdowsi' di laman Tumblr dengan slogan 'NASA needs more mohawks' dengan pengikut seramai 18 ribu orang. setakat hari ini, beliau telah menerima lebih dari l lamaran dari peminat untuk berkahwin dengan beliau.

cool dude..

Wednesday, August 8, 2012

Bulu Terbakar Kena Lazer


Memang tergelak besar saya baca berita dalam Harian Metro ni.. Ada 2 perkara nak highlight.

1. Berita macam ni lah yang membuatkan Harian Metro menjadi akhbar nombor wahid di 1malaysia yang dibaca oleh 4 juta pembaca.

2. Ah Moi ni memang kaya sebab mampu potong bulu ari-ari pakai laser. Orang kebanyakan macam saya cuma mampu pakai pisau cukur peket yang dijual di Mydin Hypermart.

Monday, August 6, 2012

Nama Paling Panjang Di Sukan Olimpik London



mengikut yahoo.com, atlit angkat berat dari Iran SAEID MOHAMMADPOURKARKARAGH adalah atlit sukan olimpik london yang mempunyai nama paling panjang. dengan nama akhir beliau yang terdiri dari 21 huruf, ia..

1. sama banyak dengan jumlah pingat emas yang dimenangi sepanjang karier Michael Phelps
2. 17 huruf lebih panjang dari nama negara beliau

wallaweh..

Wednesday, August 1, 2012

Lagu JANJI DITEPATI Tiru Lagu Kristian? Biar Betul..


nampak gaya lagu yang sedang menduduki tangga teratas carta BILLBOARD TOP 100 WILAYAH NUSANTARA, lagu kemerdekaan negara 1malaysia yang bertajuk  Janji DiTepati memang tengah hot sekarang. tetapi sayangnya ia hot bukan sebab lagu tu bagus, tapi sebab beberapa isu yang kelakar. yang terbaru, ia dikatakan diciplak dari lagu keagamaan kristian (gospel) yang berasal dari indons.

lagu Janji DiTepati dikatakan diciplak melodinya dari lagu SERUKAN NAMANYA yang dinyanyikan oleh kumpulan TRUE WORSHIPPERS yang turut dianggotai oleh penyanyi terkenal RUTH SAHANAYA. lagu ini terkandung dalam album ALL THINGS NEW yang dikeluarkan pada tahun 2008. sekarang, silalah carik dalam TIUB ENGKAU..

nampak gayanya sekarang the indons mempunyai lebih alasan untuk marah kepada 1malaysia. sebelum ni mereka kata lagu Negaraku ditiru dari lagu Terang Bulan mereka dan kain batik juga ditiru dari budaya mereka. waduh.. kok bisa jadik begini dong..

tapi saya memang sedih sebab lagu kegemaran saya sekarang terlibat dalam pelbagai skandal.

laporan asal dari The Malaysian Insider.

Monday, July 30, 2012

Joey Barton Yang Berterus Terang


peminat bola liga orang putih pasti akan mengenali encik joey barton ini. beliau memang terkenal sebagai seorang pemain bola yang ganas, panas baran, kaki gaduh, gila dan bengong tetapi sekali sekala brilliant.

dan ketika saya tengah belek-belek blog encik joey, saya tertarik dengan blog header beliau di atas. bagi saya, apa yang dia cakap tu memang betul dan agak berterus-terang. gambar header beliau berbunyi:

"bergantung kepada siapa anda dengar.. saya seorang pemain bolasepak, bekas banduan, suka berleter anti-selebriti, raja falsafah bolasepak, bapa yang penyayang dan gengster ganas, semuanya dalam satu."

sesungguhnya itu ialah pengakuan yang tersengat benar dan ikhlas. sekarang saya tengah tunggu pengakuan dari SAFEE SALI ataupun KHAIRUL FAHMI..

Sunday, July 29, 2012

Logo Hari Merdeka Ke-55 Yang Huduh Diganti


berkat usaha masyarakat umum yang mengkritik dan mengutuk kehuduhan logo perayaan hari kemerdekaan ke-55, kerajaan akhirnya akur dan akan menukar logo tersebut. tetapi malangnya, ianya tidak akan dtukar dengan logo baru tetapi dengan logo lama 1malaysia yang telah basi dan lemau. hampeh tul..

tapi at least kita tidak akan menyambut hari kebangsaan tahun ini dengan logo separuh masak.

laporan asal dari the sun sila baca di sini.

Saturday, July 28, 2012

Lagu Tema - Janji Ditepati (Hari Merdeka ke-55)

janji sudah ditepati.. kini masa balas budi..
ini lagu tema hari merdeka merangkap lagu tema kempen pilihanraya BN

Wednesday, July 25, 2012

Rakyat Kuala Lumpur Yang Kurang Adab




rasanya baru je 2, 3 hari lepas keluar cerita pasal perangai buruk rakyat 1malaysia ketika bershopping, tup-tup semalam keluar pulak cerita pasal kebiadapan (rudeness) warga kota Kuala Lumpur. menurut laporan akhbar STAR, majalah Reader's Digest menyenaraikan Kuala Lumpur di tangga 35  dalam carta 'Bandaraya Yang Paling Tidak Bersopan-Santun' (Least Courteous Cities), dari 36 buah bandaraya yang diselidiki.

menurut mereka, antara perbuatan yang paling diorang tak boleh tahan ialah:

1. pemanduan ganas. contohnya tukar lorong tak bagi signal, tailgating dan menekan hon secara gila babi.
2. tidak mematuhi arahan papan tanda seperti makan dalam lrt, merokok di kawasan larangan dan parking di petak OKU.
3. mencilok petak parking, walhal ada orang tengah tunggu (ini memang sangat bengong).
4. tidak memberi laluan kepada orang tua atau perempuan mengandung.
5. berebut-rebut nak masuk komuter/lrt.
6. memekak-mekak melalui henpon semasa tengok wayang.
7. tak tolong tahan pintu lif untuk orang lain.
8. tak cakap TERIMA KASIH kepada orang yang membantu.
9. tak bertimbang rasas. seperti tinggalkan troli pasaraya di tempat parking dan mencangkun atas toilet duduk (ini pun bengong).
10. selalu lewat.

saya pun mengaku, saya pun selalu jugak buat perkara yang nombor 1 dan nombor 5. tapi rasanya perkara ini terjadi bukan sebab kita kurang menerima didikan, tetapi disebabkan kehidupan kita yang lebih berkiblatkan duniawi dan lebih mengejar material.

bertaubatlah sebelum terlambat..