Thursday, December 29, 2011

Jom Beli Songkok Untuk Raya Tahun Depan

saya suka yang ini: fesyen songkok tinggi tujuh petala langit

abang ni cakap: fesyen ni aku dah register daa..

Dengan DROPBOX, Semua Thumb Drive Boleh Di Campak Ke Sungai Kelang


korang pernah terkena tak?

1. buat assignment/paperwork gila babi tak hingat. budget dah cun gila. save dalam thumb drive tanpa mengetahui thumb drive ada virus. bila nak buka time meeting dengan bosses, tak boleh buka. pas tu bos tanya "u cakap betul2, u buat ke tak buat?"

2. jumpa gambar/artikel baik punya. nak save tapi lupa bawak thumb drive. attach dalam email, nak buka kat rumah. sampai rumah, macam celaka tak boleh buka attachment. memanjang keluar mesej ERROR.

thanks to DREW HOUSTON yang mencipta DROPBOX, masalah kat atas tu dah takde lagi. this dropbox thing makes your life a lot easier. this how it works:

a. katakanlah aku ada laptop, PC rumah dan PC ofis. ketiga-tiga makhluk ni aku instalkan dropbox bawah 1 akaun yang menggunakan ID dan pasword yang sama.
b. satu folder akan dicreate secara otomatik, dalam My Documents.
c. setiap kali aku ada file assignment / paper work / gambor / artikel / lagu / video / resume nak mintak kerja baru / surat resign / sijil2 dan bermacam-macam lagi, aku save kan dlm folder dropbox ni. secara otomatik ia akan di'synchronized' dan seterusnya boleh dibuka dimana-mana pc/laptop yg dah di instal dropbox.
e. untuk permulaan, kita dapat storage 2gb free. kalau nak lebih lagi, bayorlah sikit. tapi ada tips untuk dapatkan more storage secara free.
f. boleh share file dengan orang suku sakat. just invite them.

dengan adanya benda ni, aku bagi contoh, kita boleh save kan video atau gambar anak kita dalam folder dropbox untuk atuk nenek  mereka di kampung tengok. atau bos kita call tengah mala buta mintak report, masuk je report tu dalam dropbox dan suruh dia bukak kat mana-mana.

bagi aku yang jakun ('darat' kato ore kelate), menatang dropbox ni memang bagus. tak caya cuba try. tak yah pening kepala nak usung thumb drive ke hulu ke hilr lagi. semuanya dah boleh dicampak ke sungai kelang.

Tuesday, December 27, 2011

Kelmarin & Semalam

kelmarin: masa umur 2 tahun

semalam: masa umur 5 tahun

dari kecik sampai besar tetap sama, mulut still tak boleh tutup.

Monday, December 26, 2011

You Dont Play-Play Eh..

 received this thru email from one of my friend. dikatakan benda ni berlaku sebab diberhentikan PPSMI di skolah-skolah. gampang punya lawak..

Friday, December 23, 2011

Tikus Gigit Anu Sampai Mati


hanya di india. lepas ni sesiapa kena admit hospital better make sure wad di takde tikus. ataupun tidur malam pakai cawat besi.

tikus ni pun satu. dah takde benda lain ke nak gigit..

Thursday, December 22, 2011

Matawang Malaysia Versi Minimalis

banknoteg by Nik Zulkhairi
banknoteg, a photo by Nik Zulkhairi on Flickr.
cool dan sempoi. matawang malaysia versi minimalis dari rames studio.

kalaulah ada pertandingan mencipta design matawang seperti adanya pertandingan mencipta logo hari kebangsaan 1malaysia, this guy will win hands down. by da way, rames studio is also a cool blog.

minimalis, i loikee..

3 Makhluk Halus Di Depan TV

3 makhluk halus yang sentiasa menakluk dan menguasai kawasan seluas 3 meter persegi di depan rak tv.

Tuesday, December 20, 2011

Kisah Pemimpin Agung 1Korea 1Utara


Uncle Kim yang aku kenal hanya melalui gaya rambutnya, sudah kembali ke rahmatullah 2, 3 hari lepas. sebagai pemimpin terunggul negeri 1korea 1utara (lebih unggul dari pemimpin agung negeri 1malaysia), kematian uncle kim ditangisi rakyatnya.

tapi, sebagaimana berahsianya pentadbiran beliau, maka begitu jugalah dengan gaya hidup peribadi beliau. dan berikut antara beberapa rahsia gaya hidup uncle kim yang dicungkil oleh pihak barat. but please bear in mind, media barat adalah pakar dalam agenda memburukkan orang timur.

1. anjing beliau lebih mewah hidupnya berbanding rakyat 1korea 1utara. beliau pernah menangkap seorang staf yang mencuri dan makan daging yang disediakan untuk anjing beliau. akibatnya, mamat tu dihantar ke kem buruh selama 2 tahun sebagai hukuman.

2. uncle kim mempunyai koleksi 20,000 keping movie (cd pirate kot) dengan movie paling digemari beliau ialah rambo dan james bond.

3. uncle kim ialah kaki mabuk nombor wahid dengan minuman kegemaran beliau ialah henessy cognac. agaknya kat rumah uncle kim takde air kosong, kalau nak telan panadol kena minum dengan wiski. beliau dikatakan membelanjakan sebanyak $720,000 setahun untuk beli arak, sedangkan pendapatan purata rakyat beliau hanya $900 setahun.

4. ketika rakyat 1korea 1utara hanya mampu beli basikal terpakai dari jepun, uncle kim adalah collector 'big boys toys' yang extravaganza. antara barang yang beliau miliki ialah jetski, peti karaoke, superbike dan gelanggang basketball standard NBA. beliau juga adalah seorang taik judi.

5. seketika selepas insiden uncle kim jatuh kuda pada tahun 1992, beliau terpaksa disuntik dengan painkiller setiap hari. dalam masa yang sama, beliau akan mengarahkan 5 orang staf beliau juga disuntik dengan benda yang sama. uncle kim kata, kalau ketagih, takdelah aku sesorang je yang kena. bengong..

itu antara kisah uncle kim. betul ke tak, wallahu a'lam.

artikel asal baca di sini.

Sunday, December 18, 2011

Campiones El Mundo

 pakcik ni kata..
 
 adik ni lagi power..

dari abang ni.
ya betul. ini buktinya..

Tanda Pilihan Raya Makin Hampir

the star, 18 dec 2011.


pilihan raya umum ke 13 dijangka semakin dekat bila mana ahli politik berlumba-lumba menonjolkan diri masing-masing dengan mengeluarkan stetmen-stetmen lawak seperti di atas.

p/s: tak pernah pula dengar bini, mak dan nenek aku cakap yang kak ijat tauke lembu & kondo tu mewakili hak dan kepentingan mereka seperti yang kak ijat cakap.

Friday, December 16, 2011

Why Politic Sucks


baru habis baca satu artikel yang ditulis oleh Dr Shad Salim Faruqi. beliau menerangkan perbezaan antara ahli politik dan aktivis politik. dan sekarang aku betul-betul paham kenapa politik di malaysia adalah 'sucks'.

menurut beliau, objektif ahli politik ialah kuasa. objektif aktivis politik adalah perubahan. ramai orang menjadi ahli politik adalah sebab nafsu mereka kepada kuasa. tidak kira samada politikus kerajaan atau pembangkang. mereka masuk politik bukan untuk berkhidmat kepada rakyat atau melakukan perubahan. kekadang, niat untuk berkhidmat kepada rakyat adalah benda yang terakhir ada dalam pemikiran mereka. manakala aktivis politik bergiat aktif hanya kerana mereka ingin perubahan. mereka tidak pernah menyertai mana-mana parti politik. mereka hanya bertindak di luar lingkaran politik kepartian.

justeru, segala spesis katak-katak yang melompat parti di negara kita adalah contoh 'ahli politik'. mereka masuk politik hanya semata-mata untuk isi perut mereka sendiri. manakala contoh aktivis politik yang paling nyata adalah raja petra kamarudin. mamat ni tak pernah masuk mana-mana parti politik. tapi suaranya sentiasa lantang kedengaran. beliau bersuara sebab inginkan perubahan.

sekarang baru aku tau..

disclaimer: gambar di atas tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang telah hidup atau masih mati.

Tuesday, December 13, 2011

Pemain Bola Mencarut



1Subsidi 1Tepung 1Malaysia


hatta di paket tepung gandum sekali pun ada tertera cetakan kalimah-kalimah yang mengingatkan kita semua rakyat jelata yang hina, betapa bertuahnya kita dinaungi kerajaan 1malaysia sekarang.

patut disyukuri oleh kita semua, kerajaan 1malaysia yang maha agung teramatlah prihatin akan makan minum rakyatnya. segala bentuk bahan makanan dan barang keperluan rakyat, tidak terkecuali tepung gandum multi purpose flour, telah diberikan subsidi harga, supaya rakyat tidak terbeban dengan kadar inflasi negara, yang terus mencanak naik tak turun-turun.

suka juga diingatkan kepada rakyat jelata sekalian, supaya jangan jadi bodoh dan tertipu. adalah bahawa duit subsidi untuk tepung gandum multi purpose flour itu adalah duit kalian juga. memang itu dinamakan duit kerajaan tapi sumbernya adalah dari kita semua rakyat jelata yang hina. bukannya datang dari duit poket pak-pak menteri negara 1malaysia.

p/s: serius, mati-mati aku ingat cuma kat stesen minyak je ada menatang jadual subsidi ni. dah 33 tahun hiudp ni 1st time terjumpa menatang ni kat paket tepung gandum. damn..

Anok Sapo Ni Eh?

page by Nik Zulkhairi
page, a photo by Nik Zulkhairi on Flickr.

6 Purnama Yang Berlalu

13 jun 2011: hari pertama tiba di planet bumi.

13 december 2011: 6 purnama kemudian.

Monday, December 12, 2011

Spy Di Seluruh Dunia Menganggur Gara-Gara Google


hari ni aku ada terbaca satu artikel dalam akhbar THE SUN mengenai kehebatan GOOGLE yang maha agung. si penulis cuba menceritakan macam mana sang google telah menyelamatkan beliau dari tersesat di kota new york. dan terdapat satu paragraph dalam artikel tersebut yang tersangat sarkastik tetapi macam real. ia berbunyi:
 
because of google, spies are struggling to make sure they dont produce intelligence which is "not secret at all".

typical agent mission before: "get a fake passport, don a disguise, fly to Iran, hack into aircraft or satellite network, and get aerial pictures of nuclear facilities".

typical agent mission noe: "click Google Maps. type Iran. zoom. print. go for early lunch".

memang lawak, tetapi semakin menjadi kenyataan.

Sunday, December 11, 2011

Gaji CEO Lembu&Kondo Sdn Bhd



aku dah lama duk perati cerita pasal lembu & kondo ni. tak pernah komen pun sebelum ni. tapi bila terbaca pasal gaji anak-beranak CEO syarikat lembu & kondo ni, rasanya benda ni interesting.

"Dengar cerita CEO dpt gaji 100k sebulan, anak sulung (age 31) dpt gaji 45k sebulan, anak kedua (age 27) dpt 35k sebulan, anak ketiga (age 25) dpt 35k sebulan."

itu antara yg didakwa dlm sesetengah blog politik dan email. hemmm.. bapak aku tak nak bela lembu ke?

Thursday, December 8, 2011

Sepatutnya Benda Ni Dibuat Secara Besar Besaran


aku nak cadangkan kepada pihak berkuasa supaya acara menembak 'gagak-gagak hitam' seperti dalam keratan news di atas dilakukan dengan lebih kerap dan diperluaskan ke seluruh negara. especially untuk spesis gagak yang berasal dari nigeria. nak cari sarang-sarang burung gagak ni kat KL ni teramatlah senang, pegi je ke mentari court di sunway atau di taman connaught cheras atau pun sekitar puchong. 

gagak-gagak spesis afrika ini bukan sahaja jenis pengotor, bising dan suka buat kacau malah sekarang bertindak dengan lebih berani dengan 'mematuk' pihak berkuasa seperti yang berlaku di mantin minggu lepas. Memang selayaknya mereka ditembak, berguguran satu persatu. 

Tuesday, December 6, 2011

Friday, December 2, 2011

Kena Simbah Minyak Panas Sebab Makan Banyak.. Hanya Di Singapore

orang singapore memang bangang.

sorang budak lelaki berumur 10 tahun disimbah minyak panas oleh keluarga saudaranya selepas dia melantak sampai habis kesemua makanan yang ada rumah. Saudara budak tu yg berumur 44 tahun dituduh menyuruh anak perempuan beliau yg berumur 14 tahun untuk memegang budak lelaki tersebut sebelum menyimbah minyak panas kepadanya. gila b@bi..

tapi budak ni pun satu hal. dia terpaksa tinggal bersama keluarga tersebut selepas bapanya mati dan ibunya menjadi warga negeri penjara. dia dikatakan akan meminta makanan setiap 5 minit dan juga akan memakan kesemua makanan yang disediakan untuk orang lain. aku agak badan dia pun dah macam b@bi..

sumber: the star, 3 dec 2011.