Tuesday, February 28, 2012

Berehat Sebentar @ Hotel California

setelah penat bekerja membanting tulang 4 kerat mencari rezeki untuk keluarga, sampailah masa untuk berehat. berehat di hotel california. hotel free. tido free, makan free, company tanggung. ada orang tanya, kenapa tak pegi hotel yg lagi power macam hotel pantai-pantai atau hotel puteri-puteri, aku jawab hotel-hotel tu tak best, dia punya aura tak cukup power. aura hotel california ni power sebab ia mampu mencabar skill survivor kita, seperti macam mana nak survive dari leteran-leteran para missi bila kita mengadu atau mengadoi.






Saturday, February 25, 2012

BABI Betul! Patut La Sedap, Ada BABI Rupanya...

saya dah lama jadi pemakan tegar kedai yong tau fu ni. sejak dari zaman bujang dengan pinggang seluar 29 inci sampai lah dah kawin anak 3 dengan pinggang seluar 34 inci. minggu lepas pun sempat lagi mentekedarah kat kedai tu. memang yong taufu kat sini power. sosnya power. supnya lagi power. kalau masuk dalam kedai, tergantung sijil halal kat dinding. walaupun kekadang rasa was-was, nak sedapkan hati, pandang balik sijil halal tu banyak kali.

rupanya, sijil halal yang tergantung kat dinding tu hanya untuk yong taufu sahaja. maknanya, hanya yong taufu disahkan halal tapi bukan sup, sos, nasik, sayur, ikan dan lain. bila ada kawan bagitau dalam muka buka bahawa ada keluar berita dalam radio yang kedai ni diserbu sebab sup dia ada DNA babi, dalam hati terus cakap.. 'dah agak dah'. bangang, dah agak sup dia ada babi, pegi jugak makan kat situ.

kat KL kedai ni ada 2. satu dekat ampang point opposite hospital ampang puteri. satu lagi dekat wangsa melawati satu row dgn 7 eleven.

hampeh betul. kat mana lagi nak makan yong taufu pas ni?

p/s: ada nampak muka babi dekat logo kedai?



Monday, February 20, 2012

Cara-Cara Menambah Pendapatan Negara


selain dari membayar cukai, cara di atas juga adalah antara kaedah menambah pendapatan per kapita negara yang paling digemari oleh rakyat 1malaysia. selain dari senang dapat dan mudah bayar, kaedah di atas juga digemari kerana ia boleh dilakukan hampir setiap hari.

dengan sumbangan saya yang tidak seberapa di atas, maka dapatlah saya membantu perdana menteri kesayangan saya dato seri 1najib 1razak menjalankan kerja-kerja mulia membantu rakyat. seperti yang sedang dilakukan sekarang melalui program BANTUAN RASUAH RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M). sesungguhnya saya terharu kerana dapat membantu.

p/s: padan muka. selama ni asyik gelakkan orang kereta kena clamp. sekarang sendiri mau ingat.

Saturday, February 18, 2012

Kawasaki W800: Motor baru Gaya Lama

sempoi. model baru dengan rupa wajah retro yang pertama di 1malaysia. memang cun bila kawasaki keluarkan motor ni dengan design menyerupai motosikal klasik tahun 50an yang otai seperti NORTON, TRIUMPH dan BSA. superbike yang mempunyai enjin 773cc ini mempunyai perincian motor klasik yang agak detail seperti cover getah untuk fork, ekzos dan yangki minyak gaya lama, rim dan lampu klasik dan beberapa bahagian lain lagi. motor ini juga dikeluarkan untuk memperingati model W1 yang diterbitkan 45 tahun yang lalu sebagai model motosikal kawasaki yang pertama di 1malaysia.

memang selama 6 bulan aku merempit ulang alik pergi kerjam tak pernah lagi terserempak dengan motor gaya retro seperti W800 ni. kalau naik motor ni berenti dekat lampu isyarat, memang sah akan membuatkan mamat motor sebelah jeling-jeling.





artikel asal.

Wednesday, February 15, 2012

Tiada Subsidi Kalau...


ya, hamba setuju sangat. dengan menempek logo 1malaysia di peket tepung, gula dan minyak masak ini, maka pegangan dan kepercayaan rakyat marhain 1malaysia terhadap wadah perjuangan dato seri 1najib 1razak ini akan lebih membara dan menyala. dan disarankan juga barang sesiapa yang tidak menyokong gagasan 1malaysia yang maha agung ini, maka mereka diharamkan untuk membeli tepung, gula dan minyak masak.

makin dekat nak pilihanraya, makin kerap cerita lawak yang kita dengar setiap hari.

baca laporannya di sini.

Tuesday, February 14, 2012

Monday, February 13, 2012

Ajaran Fadzilah Kamsah


pagi semalam fadzilah kamsah ada pergi ofis. sempat jugak la dia membebel meroyan dalam 3 jam setengah. oleh sebab dia ada cakap memori otak hanya boleh ingat sesuatu benda dalam 48 jam saja, maka wujud rasa tanggungjawab untuk share antara benda yang beliau bebelkan.

1. waktu terbaik untuk makan pisang ialah waktu pagi sebelum sarapan. bukan lepas makan nasi waktu malam. sebab?? baik untuk sistem pencernaan, senang nak buang najis muthawassithoh.

2. orang laki jangan kencing berdiri sebab setan pun kencing berdiri.

3. kita boleh memohon kepada Tuhan apa yang kita mahu tapi Tuhan akan bagi i) apa yang kita perlu ii) apa yang baik untuk kita iii) apa yang kita layak dapat.

4. tiap-tiap pagi bila masuk ofis kena senyum selama 10 saat tanpa henti kerana badan akan mengeluarkan hormon endoscopyne yang baik untuk kesihatan.

5. kalau nak cepat kawin, kena maafkan semua orang di sekeliling kita setiap hari. dalam masa 3 bulan, akan ada orang masuk meminang.

sekian. kalau nak banyak lagi tips, kena keluar belanja sendiri pegi dia punya course.

Friday, February 10, 2012

ADIDAS MUNICH Sambut Harijadi Ke 40

adidas munich, salah satu sneakers feveret gua sepanjang zaman, akan menyambut harijadinya yang ke 40 tahun ni. mula dikeluarkan pada tahun 1972, apa yang membuatkan adidas munich ni otai ialah material buatan dan juga designnnya. untuk edisi peringatan ke 40 ini, 5 kaler dikeluarkan, didinspirasikan oleh 5 gelung logo sukan olimpik. adidas juga bekerjasama dengan lucky beard, seorang sound engineer yang tersohor untuk menerbitkan marketing campaign untuk munich anniversary ni.

artikel asal.







Thursday, February 9, 2012

Peringatan Tulus Ikhlas

eden suko bonar ngan ayat akak ni. derek jo dio sound si nilopa tu. haa.. memang tolus iklas botul akak nih, takdo bolapik-lapik laie dah.. mau merah telingo si nilopa tu.

Tuesday, February 7, 2012

Ironik

saya tak berniat untuk berpolitik di sini. i just personally respect this guy as a great human being. tapi bila politik menjadi motif, sesetengah pihak akan kelihatan begitu bodoh.


Monday, February 6, 2012

Ulu Bondul, Nismilan

 apo klas poie air tojun kek kolumpo. ni ha.. nismilan mari, hoben jang hoben biso bonar..

 para pengunjung diingatkan untuk membayar zakat dengan penuh semangat 1malaysia sebelum mandi-manda..

 kalau takdo bondo ni bukan air tojun namonyo..

 pokok ni namonyo ANISOPHYLL, 2 pupu kepado ANAKSUNAMON..

 abang yang kek ujung tu tongah pancing ikan lumbo-lumbo, nak buek pekasam..

 ....

jom balik!

Saturday, February 4, 2012

Tahukah Anda? Sebenci Mana Amerika Lahanat Kepada Osama..

kita semua sudah maklum yang osama bin laden dah mati pada bulan mei tahun lepas dibunuh oleh askar amerika lahanat. kita juga sedia maklum yang osama berada di kedudukan pertama 'wanted list' amerika lahanat dan menjadi public enemy nombor wahid mereka. betapa bencinya mereka kepada osama walaupun mempunyai presiden yang mempunyai nama yang hampir sama dengan osama.

tapi saya sebenarnya tidak terduga yang dendam amerika kepada osama melangkaui dari apa yang saya pernah terpikir. sehinggalah saya terjumpa game di bawah dalam pc anak saya. betapa bencinya mereka kepada osama sehingga menjadi bahan propaganda dan cuba diterapkan ke dalam minda kanak-kanak seawal mungkin usia. memang lahanat..


Wednesday, February 1, 2012

Sambutan Hari Wilayah 2012


terima kasih kepada encik patin kerana sudi memeriahkan majlis sambutan hari wilayah untuk tahun ini.