Monday, December 31, 2012

Politik 2013


Akhbar kerajaan:

"Anwar Ibrahim kentut berbau busuk, gadai maruah Melayu"

Akhbar pembangkang:

"Najib dicabar supaya kentut berbau wangi"

ini situasi politik negara yang saya jangka akan berlaku pada tahun 2013. pilihanraya semakin hampir, ahli politik semakin hilang akal.

Tuesday, December 25, 2012

Kad ATM Dari Carbon Fiber


penyelesaian kepada masalah kad atm atau kad kredit yang selalu patah bila letak dalam wallet. kerap dialami oleh jejaka yang letak wallet dalam poket belakang untuk kelihatan macho seperti saya.

berminat? sila email..

Thursday, December 20, 2012

Apa Orang Lain Pikir Pasal Kiamat 2012

kononnya hari ini, 21 disember 2012, dunia akan kiamat. ramalan ini dibuat oleh kaum mayan yang wujud di mexico sekitar tahun 1500. kata sesetengah orang, haram bagi orang islam percayakan benda ni. saya pun tak percaya, sebab tu saya belum habis bertaubat lagi (ishh.. boleh ke cakap macam ni?).

tapi ada sesetengah makhluk manusia yang percaya akan benda kiamat ni..

bala joe percaya dunia akan dilumpuhkan oleh ribut solar dan dunia akan bergelap selama berbulan-bulan. memang bala la bala joe ni..

ranjit percaya salji akan turun di negara kita..

geng ni percaya dunia akan diserang zombie, tsunami dan juga serangan penyakit yang dasyat.
 
 
sebenarnya kepercayaan kiamat ini wujud kerana kalendar ciptaan kaum mayan hanya mempunyai tarikh sampai 21 desember 2012 sahaja. mereka bukan secara terangan kata kiamat akan tiba pada hari ni. kesian, sebab orang mayan buat kalendar tak habis, bala joe dan rakan-rakan terpaksa bersusah payah.
 
laporan asal dari the star.

TITO VILANOVA Dan Saya Adalah Senasib

ini TITO

ini SAYA
 
dikhabarkan saudara TITO VILANOVA, jurulatih pasukan bola paling power di alam semesta BARCELONA akan meletakkan jawatannya dalam masa terdekat. ini apabila tumor yang pernah beliau hidapi kini hadir kembali walaupun telah dibuang melalui pembedahan pada november tahun lepas.
 
ini adalah benda yang sama pernah saya kena. tumor yang dikenali dengan nama Mucoepidermoid Carcinoma ini wujud di kawasan Parotid Gland, iaitu kawasan kelenjar air liur. tumor ini bersifat cancerous dan tahap bahayanya bergantung kepada grade sel kanser tersebut sama ada high grade (paling bahaya), medium grade (sederhana) atau low grade (paling tidak bahaya). saya masih dikira bernasib baik sebab tumor tersebut tidak kembali tumbuh. minta dijauhkan.
 
nampaknya kita berdua senasib. all the best to you encik tito.. walau apa yang terjadi, pasukan kendalian encik tito adalah team bola paling power gila babi pernah saya tengok.

Wednesday, December 19, 2012

Garam Air Mata


tekejut kambing. kononnya garam-garam dalam botol di atas diperbuat dari airmata manusia. proses bermula dengan merebus airmata, dibiarkan menjadi kristal dalam tangki khas dan akhir sekali dibilas dengan air masin. ia didatangkan dalam 5 perasa:

- airmata ketika marah (anger)
- airmata ketika potong bawang (chopping onions)
- airmata ketika bersin (sneezing)
- airmata ketika ketika (laughter)
- airmata ketika sedih (sorrow)

kalau rasa kuey tiow goreng atau mee bandung anda kurang masin dan kurang power, boleh la cuba powerkan dengan garam airmata di atas. boleh di order dari monster supplies pada harga 30 pound.

gila..

Tuesday, December 18, 2012

Reputasi Buruk i-City



saya belum pegi lagi i-city ni. orang cakap best kat sini. macam-macam ada. tapi banyak jugak cerita tak best yang saya dengar. tentang tiket mahal lah. pasal salji tipu lah. yang terbaru pasal harga makanan dan minuman mahal. air mineral 1.5l sebotol sampai rm5.

kalau macam ni, saya pun nak meniaga air mineral kat i-city..

cerita asal pasal air mineral ni baca di sini.

Tuesday, December 4, 2012

Awas! Blackberry Bisa Meletup


awas pengguna beri hitam di seluruh tanah 1malaysia. beri hitam itu bisa meletup. dinasihatkan jika mahu tidur, simpan beri hitam anda di dalam peti ais. ataupun sediakan sebijik fire extinguisher di sebelah katil anda jika selalu jadikan beri hitam sebagai jam loceng.

saudara kean mccreath kita di atas telah merasai akibatnya. beri hitam yang diletakkan di kaki beliau ketika tidur telah meletup dan kepingan plastik cair telah melekat di kaki beliau. lekatlah parut seumur hidup. katil beliau juga turut terbakar. kesian.

dicadangkan pengguna beri hitam semua menukar handphone anda kepada nokia 3210.

Monday, December 3, 2012

Review: Rise Of The Guardians


movie ini tentang 4 orang penjaga (guardians) kanak-kanak iaitu Santa Klaus, Easter Bunny, Tooth Fairy dan Sandman yang cuba memujuk bakal guardian ke-5 iaitu Jack Frost untuk bergabung tenaga menentang orang jahat yang bernama Boogeyman. Keempat-empat guradians asal itu selama ini hidup bahagia kerana kanak-kanak percaya akan kewujudan mereka. tetapi sebaliknya berlaku kepada Jack Frost. beliau hidup tidak bahagia dan tidak dapat dilihat oleh kanak-kanak kerana mereka tidak yakin beliau wujud.

tetapi kehidupan empat guardian asal itu terancam kerana Boogeyman bercadang untuk mendatangkan mimpi ngeri kepada kanak-kanak di seluruh dunia yang akhirnya akan membuatkan mereka tidak percaya lagi kepada empat guardian asal. maka dari sinilah Jack Frost menyedari tentang kepentingan untuk beliau bersatu-padu dengan guardian asal untuk menentang Boogeyman. ini juga adalah peluang kepada beliau untuk meyakinkan kanak-kanak yang sebenarnya beliau wujud dan bersama mereka.

secara amnya, jalan cerita movie ini adalah straight forward dan sememangnya sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak seperti saya. saya suka Jack Frost sebab dia baik, suka bermain dan ada tongkat sakti. saya sangat tidak suka kepada Boogeyman sebab dia jahat dan gigi dia kotor. dalam ramai-ramai guardians, Sandman adalah yang paling power walaupun badannya adalah yang paling chubby. cubalah tengok movie ini. agak best..

p/s: review ini adalah ditulis oleh anak perempuan saya.