Monday, July 30, 2012

Joey Barton Yang Berterus Terang


peminat bola liga orang putih pasti akan mengenali encik joey barton ini. beliau memang terkenal sebagai seorang pemain bola yang ganas, panas baran, kaki gaduh, gila dan bengong tetapi sekali sekala brilliant.

dan ketika saya tengah belek-belek blog encik joey, saya tertarik dengan blog header beliau di atas. bagi saya, apa yang dia cakap tu memang betul dan agak berterus-terang. gambar header beliau berbunyi:

"bergantung kepada siapa anda dengar.. saya seorang pemain bolasepak, bekas banduan, suka berleter anti-selebriti, raja falsafah bolasepak, bapa yang penyayang dan gengster ganas, semuanya dalam satu."

sesungguhnya itu ialah pengakuan yang tersengat benar dan ikhlas. sekarang saya tengah tunggu pengakuan dari SAFEE SALI ataupun KHAIRUL FAHMI..

Sunday, July 29, 2012

Logo Hari Merdeka Ke-55 Yang Huduh Diganti


berkat usaha masyarakat umum yang mengkritik dan mengutuk kehuduhan logo perayaan hari kemerdekaan ke-55, kerajaan akhirnya akur dan akan menukar logo tersebut. tetapi malangnya, ianya tidak akan dtukar dengan logo baru tetapi dengan logo lama 1malaysia yang telah basi dan lemau. hampeh tul..

tapi at least kita tidak akan menyambut hari kebangsaan tahun ini dengan logo separuh masak.

laporan asal dari the sun sila baca di sini.

Saturday, July 28, 2012

Lagu Tema - Janji Ditepati (Hari Merdeka ke-55)

janji sudah ditepati.. kini masa balas budi..
ini lagu tema hari merdeka merangkap lagu tema kempen pilihanraya BN

Wednesday, July 25, 2012

Rakyat Kuala Lumpur Yang Kurang Adab




rasanya baru je 2, 3 hari lepas keluar cerita pasal perangai buruk rakyat 1malaysia ketika bershopping, tup-tup semalam keluar pulak cerita pasal kebiadapan (rudeness) warga kota Kuala Lumpur. menurut laporan akhbar STAR, majalah Reader's Digest menyenaraikan Kuala Lumpur di tangga 35  dalam carta 'Bandaraya Yang Paling Tidak Bersopan-Santun' (Least Courteous Cities), dari 36 buah bandaraya yang diselidiki.

menurut mereka, antara perbuatan yang paling diorang tak boleh tahan ialah:

1. pemanduan ganas. contohnya tukar lorong tak bagi signal, tailgating dan menekan hon secara gila babi.
2. tidak mematuhi arahan papan tanda seperti makan dalam lrt, merokok di kawasan larangan dan parking di petak OKU.
3. mencilok petak parking, walhal ada orang tengah tunggu (ini memang sangat bengong).
4. tidak memberi laluan kepada orang tua atau perempuan mengandung.
5. berebut-rebut nak masuk komuter/lrt.
6. memekak-mekak melalui henpon semasa tengok wayang.
7. tak tolong tahan pintu lif untuk orang lain.
8. tak cakap TERIMA KASIH kepada orang yang membantu.
9. tak bertimbang rasas. seperti tinggalkan troli pasaraya di tempat parking dan mencangkun atas toilet duduk (ini pun bengong).
10. selalu lewat.

saya pun mengaku, saya pun selalu jugak buat perkara yang nombor 1 dan nombor 5. tapi rasanya perkara ini terjadi bukan sebab kita kurang menerima didikan, tetapi disebabkan kehidupan kita yang lebih berkiblatkan duniawi dan lebih mengejar material.

bertaubatlah sebelum terlambat..

Tuesday, July 24, 2012

Saman FAM: Kasi Respek Sama Dia


akhirnya penyelamat umat manusia yang ditunggu-tunggu telah tiba. ahmad jazimin ini layak diangkat sebagai hero nasional kerana berani untuk menentang salah satu kuasa autokratik yang paling dibenci di 1malaysia.

walaupun beliau menyaman fam atas sebab kecederaan yang disebabkan kecuaian fam, sekurang-kurangnya ia akan membuat mereka sedar yang mereka bukanlah sebuah badan yang berkuasa yang kebal dari sebarang tindakan undang-undang.

sama-samalah kita berdoa agar selepas ini akan ada insan yang berani bangkit untuk menyaman fam di atas kebodohan dan kebebalan mereka yang menyebabkan bolasepak di negara 1malaysia masih lagi mundur dan dalam keadaan yang daif.

salam 1malaysia. laporan asal baca di sini.

Monday, July 23, 2012

Perangai Buruk Rakyat 1Malaysia Ketika Bershopping


surat khabar star hari ni memaparkan 5 perangai buruk yang suka dilakukan oleh rakyat 1malaysia ketika membeli barang di kedai atau pasaraya. yang mana, ada di antaranya saya sendiri selalu buat.

5 perangai buruk tersebut:

  1. buka bungkusan tapi tak beli
  2. jolok dan tekan buah/sayur sampai lebam tapi tak beli
  3. menambah barang dalam bungkusan yang sudah ditimbang dan diletak harga
  4. tukar tanda harga atau bar code dengan harga yang lebih rendah
  5. cuba pakai underwear
menurut tauke mydin holdings berhad, perangai buruk ini menyebabkan kerugian hampir rm19 juta setahun kepada pasaraya beliau. itu baru giant, belum kira lagi tesko, keyfor, jayen dan lain-lain kedai.

harus saya akui bahawa yang nombor 2 memang selalu saya buat. tapi sumpah, bab underwear tu memang saya tak pernah buat.

Thursday, July 19, 2012

Hari Pesara 1Malaysia: Kalau Dah Pencen Macam Mana Nak Cuti?


perdana menteri kita sekarang memang dalam mood bermurah hati. lebih-lebih lagi bila pilihanraya nak dekat, maka hati beliau akan bertambah-tambah murah. dan semalam, kebaikan hati beliau terserlah lagi apabila para pesara dianugerahkan dengan Hari Pencen 1Malaysia yang akan disambut pada 19 julai setiap tahun.

tapi, sedikit kemusykilan. kalau para pesara ni dah pencen dan tak bekerja, macam mana cara mereka menyambut hari pesara ini? kalau hari buruh, para buruh akan bercuti. kalau hari kebangsaan, rakyat 1malaysia akan bercuti. para pesara ni dah lama pencen dan bercuti panjang. macam mana nak celebrate? saya cadangkan kerajaan istiharkan cuti untuk semua bakal pesara di 1malaysia tidak mengira umur.

walau apa pun, saya tetap sayang 1malaysia.

Tuesday, July 17, 2012

Hepi Besday My Doter

my little cute beautiful daughter Alin turn 3 today. papa is very happy because Alin become very beautiful and also very clever. and also because he got many mouth (banyak mulut) and can talk no stop for 2 hours even when she got fever. she always made my day. papa pray all the best to Alin.

(sorry, i write in Oh My English version. if cannot understand, then go under the table)



Saturday, July 14, 2012

Heavy Metal The Sempoi

saya membesar dengan bermain video game ini. dan di dalamnya terkandung terkandung satu lagu heavy metal yang paling merdu yang saya pernah dengar. memandangkan saya lebih meminati muzik dari rabbani dan awan nano, maka saya tidak pasti apakah ia sebenarnya satu muzik metal yang bagus atau tidak. tapi ia cukup merdu bagi saya.

Wednesday, July 11, 2012

Dasar Pandang Ke Timur

uniqlo by Nik Zulkhairi
uniqlo, a photo by Nik Zulkhairi on Flickr.

LEVIS is Amarika. UNIQLO is Nippon.

Sempena menyahut seruan manta pee em tun doktor mahathir untuk Dasar Pandang Ke Timur.

Wednesday, July 4, 2012

Makan-Makan Cari Jalan

ini ialah gelanggang makanan (food court) tesco extra cheras. tidak ada apa yang special kat sini. saya cuma datang sini sebab ia dekat dan menjimatkan minyak motor.

 
ini ialah antara makanan yang paling murah yang ada di sini. sesuai untuk orang yang kedekut dan selalu pokai macam saya. kalau nak makan yang ada telur, saya cadangkan bawa telur sendiri, sebab ia menjimatkan harga.

 
ini ialah mee yang saya order. tak sedap. mee dan sayur liat. kuah masin. ayam takde rasa.

 
ini ialah air kosong yang saya bawa dari rumah. cara paling efektif untuk penjimatan.


walaupun tak sedap tapi habis. alhamdulillah.