Saturday, April 28, 2012

Aktivis BERSIH

tapi bezanya aktivis ini terpaksa mengeluarkan ongkos untuk menjalankan aktiviti mereka, tidak seperti aktivis bersih yang satu lagi sekadar duduk dan bantah. tapi yang ini terbukti memang bersih, kerana dapat mengeluarkan segala kotoran dan daki di badan.




 



Wednesday, April 25, 2012

Resume Writing

bila saya mula berjinak-jinak dengan dunia menulis resume selepas habis belajar, ramai yang tampil nak bagi nasihat. ada yang cakap dalam resume kena letak gambar yang paling vogue. ada yang cakap kena letak hobi dan makanan kegemaran dalam resume. ada yang yang cakap resume paling minimum nak kena ada 3 page. dan macam-macam lagi.

tapi sebenarnya, saya rasa cara menulis resume di bawah adalah yang terbaik. ikhlas dan direct to the point.

Saturday, April 21, 2012

Seks Kreatif


perkataan 'SEKS' adalah benda paling efektif untuk menarik pembaca kepada mana-mana penerbitan majalah atau blog, termasuk blog Koya Kayo ini.

lepas belek-belek majalah di atas, memang tak ada apa-apa yang luar biasa mengenai artikel yang bertajuk SEKS KREATIF. semuanya hanya mengenai benda yang sudah biasa berlaku dalam bilik sepasang laki bini. memang sekadar gimik nak jual majalah. sekaligus meninggalkan persoalan, apakah sebenarnya SEKS KREATIF?

antara andaian saya, seks kreatif ialah:

1. seks ketika menduduki peperiksaan memasuki perkhidmatan pegawai tadbir & diplomatik gred 41.
2. seks ketika bermain 'draw something'.
3. seks ketika menunggu giliran membeli berger bakar di wangsa maju.

mungkin la kot..

Friday, April 13, 2012

Ranking


david: hahahahaha.. 156 dowhh.. awat teruk sangat ni jib?
ajib: hehehe.. gua punya fam pun tak heran ngan 156. awat hang kecoh sangat ni dave?

Thursday, April 5, 2012

Lagi Sebab Kenapa Saya Belum Pakai Smart Phone


seorang mangkuk di taiwan yang dirahsiakan namanya telah kehilangan jari telunjuk akibat main game di smart phone sampai tak ingat dunia. hilang jari telunjuknya dalam erti kata ia takkan dapat diguna lagi disebabkan sendi jarinya lemah dan tak dapat digerakkan. jarinya sakit setiap kali digerakkan dan fisioterapi selama 5 bulan pun tak dapek nak sembuhkan sakit tersebut. dan khabarnya beliau telah bertobat untuk tidak main game di henponnya lagi.

lagi sebab kenapa saya belum berniat untuk memiliki smart phone, selain dari sebab utama untuk tidak membiarkan phone saya lebih smart dari saya.

(mintak maaf, tulisan bahasa melayu saya agak celaka hari ini.)

laporan asal dari The Star.