Anak daraku dah masuk skolah tadika.
Hari Isnin: Senyum lebar sampai petang. Nak balik siap sound cekgu "besok aishah datang lagi tau".
Hari Selasa: Pagi senyum lebar. Petang menangis sebab papa lambat datang ambik.
Hari Rabu: Pagi senyum dah kurang lebar. Petang Tak senyum langsung.
Hari Khamis: Pagi ngan petang dah tak senyum.
Hari Jumaat: Pagi tak senyum. Petang senyum lebar sambil cakap "Cikgu cakap cuti 2 hari tau".
Hari Sabtu & Ahad: Marathon ASTRO Ceria 611 selama 18 jam.
Hari Isnin: Eh, cikgu aishah cakap cuti 2 hari la!
No comments:
Post a Comment
kalau rasa menyusahkan jangan komen ;)