Saturday, October 22, 2011

Menu Rakyat 1Malaysia: Mitos Atau Fakta?


topik terhangat seantero tanah melayu minggu ini. betul ke tak betul abe jib pi makan tengah hari nasik harga rm3 (ada setengah kata rm4)? oleh itu, untuk menegakkan keadilan sejagat, gua pun dengan bangganya melakukan lawatan kerja sehari ke kedai berkenaan, restoran ukhwah di medan tuanku kl.

tapi sebelum tu nak minta maaf sebab takde real-time photo, sebab gua lupa bawa gua punya blekberi torch, yang ada cuma nokia torch yang ada torch light kat atas. gambar di atas di kat en pes dari intenet.

berikut adalah penemuannya:

  1. menu yang ditawarkan hanya untuk makan tengah hari. sila baca bunting yang ada di dalam kedai tu betul-betul. kalau korang pegi makan pukul 10 malam lepas tu kena caj mahal dan korang bedegar-degar cakap najib tipu, korang tu sebenarnya yang bangang.
  2. kalau ambik 1 lauk + sayur + papadom + air harganya rm3. kalau tambah 1 lagi lauk jadi rm4. jadi harga sebenar lauk yang najib makan tempoh hari ialah rm4 bukan rm3.
  3. hari yang gua pergi, lauk yang disediakan ialah ayam masak lemak cili api, ayam kicap, sayur kobis goreng dan air sirap. kualiti makanan, emmm.. gua kasi 3 bintang dari markah penuh 5.
  4. gerai untuk menu rakyat ni berada di luar kedai, di kaki lima. sebelah kaunter tu ada bunting menu rakyat. kalau korang pilih untuk ambik menu rakyat ni, akan terasa seperti rakyat kelas bawahan sebab makanan korang berada di luar kedai, bukan di dalam kedai. jangan berangan nak duduk macam najib dalam gambar atas.
  5. kalau korang masuk dalam kedai dan ambik nasik serta lauk yang di'display' di kabinet lauk, maka korang akan dicaj harga biasa, bergantung kepada lauk yang korang ambik. lagi sekali kalau korang marah-maeah dan tulis dalam blog najib tipu, korang tu sebenarnya yang bangang.
  6. harga pakej rm3 @ rm4 termasuk air sirap balang. kalau oder air sirap limau asing, maka harga lain akan dicaj. lagi sekali, jangan jadi bangang.
secara kesimpulannya, gua boleh kata, benda ni is worth the money. mana nak cari nasik + air harga rm4 kat kl ni? rasanya kat taiping pun tak dapat. dan, apa kita nak expect dari nasik harga rm4? takkan nak sama macam nasik kandar beratur kat penang kot? yang sebetulnya benda ni jadi isu sebab dah dipolitikkan oleh kedua-dua belah pihak, bi en dan pi ar. dua-dua bangang.

No comments:

Post a Comment

kalau rasa menyusahkan jangan komen ;)