Tuesday, November 22, 2011

Sila Perbetulkan Ajaran Sesat Ini

suka saya ingatkan di sini bahawa punca pendapatan negara 1malaysia bukannya datang dari yuran tahunan ahli parti dacing yang sekarang ini membentuk kerajaan persekutuan. dan juga bukannya datang dari kutipan derma semasa ceramah parti dacing ataupun juga bukan dari sumbangan para kroni pemimpin parti tersebut.

salah satu punca utama pendapatan negara datangnya dalam bentuk cukai yang dibayar sebahagian besarnya oleh semua rakyat malaysia termasuk yang menyokong parti dacing, parti bulan, parti roket, parti mata jin dan juga parti pundek-pundek-pundek (PPP). antara bentuk cukai tersebut ialah cukai pendapatan, cukai jalan, cukai perkhidmatan, cukai tanah/pintu dan juga tcukai yang kita bayar semasa kita makan mekdonel dan kay-ef-si dan membayar bil astro.

maka amat banganglah mereka-mereka yang membuat kenyataan seperi di dalam keratan akhbar di atas, seolah-olah kerajaan itu menjadi hakmilik mutlak mereka yang menyokong parti dacing.

sesungguhnya perlembagaan negara 1malaysia telah menjamin hak warga negaranya untuk berpolitik, mengundi dan menyokong mana-mana parti politik yang mereka suka sama ada parti dacing, parti bulan, parti roket, parti mata jin dan juga parti pundek-pundek-pundek (PPP). juga suka saya tekankan bahawa duit kerajaan itu adalah duit rakyat yang datang dari titik peluh mereka sendiri, yang mana kerajaan hanya diamanahkan untuk mengurus dan mentadbir dengan sebaik-baiknya.

justeru, adalah amat bangang dan bodoh jika ada sesiapa yang mendakwa bahawa mereka yang tidak sebulu dengan pihak kerajaan (baca: parti dacing) adalah tidak layak untuk mendapat apa-apa dari kerajaan.

sikap pilih kasih ini juga tidak seharusnya berlaku kepada penyokong parti dacing yang berkerja dengan kerajaan negeri yang dikuasai oleh parti bulan, parti roket dan parti mata jin. (maaf, parti-pundek-pundek-pundek PPP tidak mempunyai sebarang kerajaan).

entri ini ditulis sehari selepas harimau membaham garuda di sukan sea 2011.

3 comments:

  1. hehehe... jangan di marah orang yang rendah akalnya bro. nanti orang kata kita pun sama rendah dengan mereka juga. jangan di layan sangat orang yang pemikiran cetek...

    ReplyDelete
  2. haha. cuma memberi penjelasan yang logik.

    ReplyDelete
  3. dia orang ni memang bodoh piang....


    kawan ko x-yp

    ReplyDelete

kalau rasa menyusahkan jangan komen ;)