Saturday, February 25, 2012

BABI Betul! Patut La Sedap, Ada BABI Rupanya...

saya dah lama jadi pemakan tegar kedai yong tau fu ni. sejak dari zaman bujang dengan pinggang seluar 29 inci sampai lah dah kawin anak 3 dengan pinggang seluar 34 inci. minggu lepas pun sempat lagi mentekedarah kat kedai tu. memang yong taufu kat sini power. sosnya power. supnya lagi power. kalau masuk dalam kedai, tergantung sijil halal kat dinding. walaupun kekadang rasa was-was, nak sedapkan hati, pandang balik sijil halal tu banyak kali.

rupanya, sijil halal yang tergantung kat dinding tu hanya untuk yong taufu sahaja. maknanya, hanya yong taufu disahkan halal tapi bukan sup, sos, nasik, sayur, ikan dan lain. bila ada kawan bagitau dalam muka buka bahawa ada keluar berita dalam radio yang kedai ni diserbu sebab sup dia ada DNA babi, dalam hati terus cakap.. 'dah agak dah'. bangang, dah agak sup dia ada babi, pegi jugak makan kat situ.

kat KL kedai ni ada 2. satu dekat ampang point opposite hospital ampang puteri. satu lagi dekat wangsa melawati satu row dgn 7 eleven.

hampeh betul. kat mana lagi nak makan yong taufu pas ni?

p/s: ada nampak muka babi dekat logo kedai?



4 comments:

  1. Hahaha....hok pasar maley ore kito jual tokse..hoh mbikk...

    ReplyDelete
  2. MHA: nok samok la ni. nok gi cari tanoh kor..
    YG: hok ado babi la sedap.

    ReplyDelete
  3. Orang melayu jual tak boh makan dok g makan hak kafir dok makan kedarah.....

    ReplyDelete

kalau rasa menyusahkan jangan komen ;)