Monday, March 19, 2012

Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera

bila umur dah masuk pertengahan 30an, banyak benda yang dah berubah dalam diri kita yang kita tak perasan. bukan setakat dari segi fizikal seperti saiz perut dan saiz seluar yang kian meningkat saban minggu, bahkan juga dari segi sikap dan attitude. secara tidak sedar, kita akan terperasan 'eh, aku dulu bukan macam ni'.

antara contoh, perbandingan semasa zaman bujang dengan masa sekarang..

1. kalau zaman bujang, bawak kereta mesti nak buka cd/radio dengan volume 6 skala richter yang menggegarkan gegendang telinga. tapi sekarang bawak kereta jarang sangat buka radio/cd.

2. kalau zaman bujang, bawak keta time jem mesti naik angin. sumpah dan seranah dah macam berzikir. tapi dah tua ni, sumpah dan seranah dah berkurangan sebanyak 86.7%. still ada tapi tak banyak.

3. kalau zaman bujang dulu, kalau sembang mesti nak menang je. pantang ada orang berbeza pendapat, mesti nak debat. tapi sekarang benda ni dah tak ada. just agree to disagree.

banyak lagi yang saya perasan. tapi dah malas nak tulis. cuma nak bagitau je lah, bila dah semakin tua, priority hidup kita semakin berubah. itulah transformasi namanya.

sekadar gambar hiasan.

2 comments:

kalau rasa menyusahkan jangan komen ;)