Sunday, November 18, 2012

Oh Yusmira..


memang kecoh di kota baru bila yusmira trading tarik diri jadi penaja untuk TRW bagi musim 2013. saya tulis ni bukan sebab nak ulas kenapa mereka tarik diri. cuma nak highlightkan PR mereka yang sudah fail.

1. mereka umumkan punca penarikan diri sebab mat yo dah nak belah dan TRW tak mampu nak handle isu ini. ini ialah statement bunuh diri sebab mereka mengaitkan diri dengan mat yo yang sekarang ialah 'public enemy' di kelantan. seolah-olah mereka cuma menaja mat yo. rasanya produk yusmira akan diboikot untuk sementara waktu di sana.
2. mereka ungkit jutaan ringgit telah dilaburkan untuk musim-musim sebelum ini. tapi mereka lupa umumkan apa yang telah mereka kaut dari pelaburan tersebut. rasanya berlipat ganda untungnya. menampakkan diri mereka sebagai saudagar yang tamak haloba.

jikalau (jika...) saya adalah tuan empunya yusmira trading, sebaik-baik kenyataan yang akan dibuat ialah seperti berikut:

1. terima kasih kepada KAFA sebab memberi peluang kepada kami untuk menjalinkan kerjasama yang sama-sama mendatangkan manfaat kepada kedua-dua pihak.
2. penghargaan kepada semua pihak yang telah menyokong yusmira.
3. disebabkan perancangan perniagaan yang berubah, yusmira tidak dapat meneruskan tajaan.
4. ianya agak mendukacitakan tetapi diharap akan ada lagi peluang selepas ini untuk bekerjasama.

memang itu hak mereka untuk tidak meneruskan tajaan. sesiapa tiada hak untuk menghalang. tetapi perkara ni boleh diuruskan dengan lebih baik. sekarang semua orang benci yusmira.

2 comments:

kalau rasa menyusahkan jangan komen ;)