Thursday, March 31, 2011

Cita Citaku Nak Jadi MacGyver



Pada bapa-bapa dan ibu-ibu yang dalam lingkungan umur 30an, pasti anda semua familiar dgn cerita Macgyver ni. Cerita yang popular ni keluar dekat TV3 sekitar akhir 80an dan awal 90an. Antara siri TV yang seangkatan dgn MacGyver ni ialah Full House (hero hensem John Stamos dgn kembar Olsen), Knight Rider (kereta KITT yg boleh bercakap), Beverly Hills 90210 dan juga Raja Lawak.

Yang paling best pasal citer MacGyver ni ialah tentang skill heronya yang boleh buat macam-macam gadget daripada alat-alat biasa dalam rumah, untuk menjadi senjata melepaskan diri. Mamat MacGyver ni memang anti senjata api. Sepanjang episod citer ni, dia hanya pakai senapang sekali je, itu pun sebab terdesak. Disebabkan citer ni jugak, timbullah istilah 'pisau MacGyver'. Pisau swiss army ni lah yang selalu digunakan oleh hero untuk membuat gadget-gadget dan juga perangkap yang memang nampak impressive.

Oleh kerana kehebatan MacGyver, ramai bebudak yang menjadikan hero ni sebagai idola. Pantang jumpa pisau lipat, terus perasan jadi MacGyver. Menurut Wikipedia, disebabkan populariti citer ni jugak, 'MacGyver' telah dijadikan verb atau kata kerja dalam grammar bahasa inggeris. Contoh ayat: "Nik Yaakub telah me'macgyverkan' dirinya dan membaiki mesingun milik beliau yang rosak dengan menggunakan pisau lipat".

2 comments:

  1. dgr2 crta ni d haramkan d tv malaysia......betoi ke

    ReplyDelete
  2. ye ke? aku pun x tau. kalau betul kena haram, agak sadis jugak.

    ReplyDelete

kalau rasa menyusahkan jangan komen ;)