Wednesday, March 23, 2011

Macam Mana Nak Jadi Jutawan Sebelum Umur 15

OK. Gua mengaku tajuk di atas sengaja diada-adakan. Tapi citer pasal mamat-mamat mat saleh di bawah jadi millionaire sebelum umur 22 tahun adalah cerita benar. Forbes Magazine dah interview diaorang, dan didedahkan bahawa ada di antara mereka dah mula start bisnes seawal umur 9 tahun. Fuhh.. bebudak kat 1malaysia, umur 9 tahun bangun pepagi nak pegi sekolah pun masih buat perangai.

Please read on. Learn from them.


Autocricket
Lepas habis sekolah menengah tahun 2008, Jason Brian dapat kerja kat sebuah syarikat dealer kereta di South Florida. Ketika itulah Brian menyedari Internet akan menjadi medium penting dalam bisnes automobil. 3 tahun kemudian, ketika berumur 21 tahun, Jason bukak website autocricket.com, website untuk info pasal nak beli kereta. Jason buat duit dgn jual customers' information kepada dealer dan pengilang kereta, which could market to customers directly. 6 bulan selepas bukak website ni, 2 orang pelabur dari Naples tertarik, dan terus invest $250,000. Website ni generate $1.2 million bisnes dalam tahun 2009, ketika Jason berumur 22. Untuk tahun 2010, bisnes melambung ke $6 million.


 
Showclix
Dalam tahun 2005, masa umur dia 18, Joshua Dziabiak telah menjual syarikatnya yg pertama-a Web hosting firm called Mediacatch- pada harga $1 million. Beliau beli sebijik Merc (in cash) dan sebijik flat-screen TV, dan selebihnya dia guna utk invest dalam syarikat lain, termasuk Showclix, his current venture, sebuah website yang membantu menjual tiket secara online dan melalui telefon bagi pihak pusat seni persembahan (mcm istana budaya), kolej, tempat-tempat live music venues dan lain-lain. Dalam tahun 2009 he raised nearly $1 million, meletakkan nilai sebanyak $2.75 million kepada syarikat beliau. Showclix biasanya mengenakan service charge sebanyak 7% to 15% kepada pembeli tiket. Those fees brought in $9 million last year. Gila ah.

Metrolyrics.com
Dalam tahun 2002, semasa berumur 16, Milun Tesovic saja-saja create satu website yang mengumpulkan lirik lagu kegemaran beliau sebagai satu hobi. 2 tahun kemudian, beliau ambil keputusan untuk upgrade website tersebut menjadi satu company. Hari ini, metrolyrics.com mempunyai database yg mengandungi lebih 2 juta lirik lagu, ada yg dilesenkan ada jugak yg free. Dengan 20 pekerja sepenuh masa sekarang, Milun mengaut keuntungan dgn menjual ruang iklan, dan memperolehi pendapatan sebanyak $1 million pada tahun 2007 ketika beliau berumur 21. Dalam masa yg sama beliau berulang alik ke kuliah di Simon Fraser University in British Columbia, Canada, dlm bidang bisnes (lebih kurang gua punya course kat itm dulu la). Falsafah beliau "pendidikan bukanlah untuk mendapatkan kerja, ia adalah untuk memajukan diri". Brilliant.

Solben
Daniel Gómez Iñiguez yang berumur 20 tahun menubuhkan Solben, sebuah company yg membuat design dan juga mengilang sebuah mesin yang extract minyak dari loji untuk menghasilkan bahanapi disel. Daniel dah start dia punya R&D semasa masih di sekolah menengah lagi (perghh!). Sebelum mesin ni siap dibina, dia dah berjaya jual dekat sorang client dgn harga $150,000--$75,000 up front sebagai production cost, dan balance lagi $75,000 selepas delivery. Syarikat beliau memperolehi pendapatan $1 million pada tahun pertama beroperasi. Sekarang dah ada 15 orang pekerja sepenuh masa dan Daniel baru nak masuk belajar kat kolej.

Glasses Direct
Ketika Jamie Murray Wells berkira-kira nak beli kacamata pada tahun 2004, masa tu lah datang idea nak bukak bisnes. Time tu umur Jamie 21 tahun. Dan bila beliau terkejut beruk diberitahu kacamata yang sesuai dgn tahap kerabunan beliau berharga $300, beliau bertekad untuk berhenti sekolah dan membuka sebuah kedai kacamata (ala-ala england optical kot). Dengan bermodalkan duit pinjaman PTPTN (haha!) sebanyak $2,000, beliau membuka Glasses Direct, a London-based online retailer. Tahun pertama beroperasi, sebanyak $2 million berjaya dihasilkan.
Note: At the time of this writing, in 2010, the company pulled in $5 million in annual revenue Tahun lepas, 2010, syarikat Jamie dah ada 70 orang pekerja sepenuh masa dan berjaya menarik pelaburan luar sebanyak $34 million.

SuperJam
In 2002, ketika berumur 14 tahun, Fraser Doherty dah mula belajar buat jem roti di dapur rumah beliau di Edinburgh, Scotland. Beliau berhenti sekolah ketika berumur 16 tahun, untuk jadi pembuat jem sepenuh masa. Perolehan  SuperJam telah mencecah $1.2 million dalam tahun 2009.Tahun lepas, Fraser masih lagi kekal bekerja seorang diri tanpa pembantu sepenuh masa. Berdasarkan anggaran, kekayaan beliau di katakan berada dalam lingkungan antara $1 million dan $2 million.
 

Mydesktop.com
Pada 1996 Michael Furdyk, ketika itu berumur 16 tahun, mencipta MyDesktop.com, an online computer magazine, di rumah ibubapa beliau di Toronto. Beliau menggunakan website ini untuk memberi nasihat dan tips berkenaan IT, yang beliau perolehi semasa chatting di online chat rooms. Ketika itu jugalah beliau berkenalan dgn Michael Hayman, seorang remaja dari Australia. Kemudian  Hayman, berpindah ke Toronto untuk membantu Furdyk mengembangkan bisnes. Peringkat seterusnya, company diaorang ni terlibat dalam website storage space dan office rent. Tidak lama, pendapatan MyDesktop.com mampu mencecah $60,000 sebulan, hasil jualan ruang iklan kepada client besar seperti Microsoft. Dalam tahun 1999, Furdyk, Hayman dan seorang lagi partner mereka telah menjual company mereka kepada Internet.com for "over $1 million,"



No comments:

Post a Comment

kalau rasa menyusahkan jangan komen ;)