Tuesday, April 19, 2011

Email 1Malaysia: Kesannya Kepada Rakyat


dalam masa terdekat ni, setiap rakyat malaysia yg berumur 18 tahun ke atas akan dapat satu akaun email untuk berurusan secara terus dengan gomen. projek email 1malaysia ni diawardkan kepada tricubes sdn bhd dan khabarnya bernilai rm50 juta (hmmmm.. gua bau hancing kat sini).

objektif program, di benak kepala otak gua, agak kabur, sebab akaun email nikan kita boleh bukak free ngan google atau yahoo atau hotmail, tak payah mintak kerajaan spend rm50 juta duit cukai rakyat untuk tolong bukakan akaun email untuk kita. selain tu, macam mana nak suruh semua rakyat pakai email untuk urusan gomen sedangkan internet penetration rate kat malaysia baru 60%.

situasi di bawah mungkin timbul akibat daripada projek email ni:

jali pejabat tanah: pok leh, saya datang ni nak rampas tanah pok leh sebab 3 tahun dah pok leh tak bayar cukai tanah
pok leh: macam mana pok leh nak bayar, dah 3 tahun tak dapat bil
jali pejabat tanah: eh kan bil sekarang kita hantar pakai email. pok leh tak dapat email ke?
pok leh: tak dapat la, sebab tu tak bayar
jali pejabat tanah: mustahil emaill tu tak sampai. pok leh dah cek betul2 ke?
pok leh: dahhhh.. macam ni lah, kau hantar lagi sekali menate email tu, tapi kali ni kau pastikan kau tampal stem tu cukup2. aku ingat email dulu2 yg tak sampai tu sebab korang letak stem tak cukup harga, pejabat pos reject
jali pejabat tanah: !!!!!!!

4 comments:

  1. tak sure le perlu ke e-mail untuk semua org melalui cara ini

    ReplyDelete
  2. kisah di atas utk hiburan semata-mata. saya pun tak tau lg mcm mana kaedahnya.

    ReplyDelete
  3. gua sokong lu nik. ni projek mengabihkan duit rakyat, pada hal nak create email free jah. kalau nak buat hosting pun berapa la sangat nak compare dengan 50juta tu.
    agaknya duit tu tuk back up election.

    ReplyDelete
  4. ya betul. modus operandi yg standard.

    ReplyDelete

kalau rasa menyusahkan jangan komen ;)