Thursday, April 21, 2011

EKSLUSIF: Temubual Bersama Email 1Malaysia


berikut adalah sedutan temubual antara penulis blog ini bersama email 1malaysia. temubual di buat di lobi pwtc hari khamis lepas. sila ikuti.

penulis: salam 1malaysia. apa khabar?
email 1malaysia: salam. khabar baik.
penulis: wah.. busy ye? memang susah nak dapat slot interview dgn u sekarang. maklumlah, orang femes..
email 1malaysia: ye lah, mintak maaf. semenjak 2 menjak ni i memang busy tak ingat. baru je tadi i kena terjah dengan nas ahmad dari melodi.
penulis: ok. boleh tak u explain kontroversi yang berlaku dekat u sekarang?
email 1malaysia: ok. tapi 1st of all, i nak bagitau u all, i ni sebenarnya dah lama kerajaan plan nak buat, sejak 2002 lagi. masa tu nama i email wawasan 2020. tapi lepas tu senyp. bila abang dol jadi pm, dia revise balik, tukar nama i jadi email gemilang terbilang & terbilang. lepas tu senyap balik. sekarang ni bila abang jib yg jadi pm dia hidupkan i balik, tukar nama i jadi nama sekarang.
penulis: so, apa yang kontrovesi nye?
email 1malaysia: yang jadi kontrovesinya sebab orang ramai ingat kerajaan buat i ni pakai duit rakyat. tapi sebenarnya pm bagi tau, i ni tak pakai duit rakyat, pakai duit swasta. benda ni kan dia ada tulis dalam dia punya twitter. u takde twitter ke?
penulis: err.. i takde twitter. i pakai fb je. ok. nak tanya lagi, apa kes dengan company yang dapat projek buat email ni? i dengar citer company tu dah kena highlight dengan bursa malaysia sebab ada financial problem?
email 1malaysia: yang tu i no komen.
penulis: and then ada orang cakap yang company tu ada link dengan adik pm yang jadi bos cimb? any komen?
email 1malaysia: no komen.
penulis: u ni dah jadi macam fasha sanda bila kena interview dengan melodi. asyik no komen je.
email 1malaysia: ada la jugak minat kat dia sikit-sikit.
penulis: next question. since u ni email free, macam mana nanti u nak compete dengan email free lain yang dah established macam gmail, yahoo dan msn?
email 1malaysia: i di maklumkan yang marketing plan untuk couter balik competition dengan email-email free lain dah siap. kita dah merancang untuk buat lucky draw kepada pengguna kita, kita akan buat weekly contest dengan hadiah utamanya melancong ke koh samui, kita akan buat roadshow yang macam jom heboh tu, pendek kita, memang kita dah ready.
penulis: hmm.. good planning. lastly, ada apa-apa yang u nak cakap kepada rakyat malaysia? sebelum kita akhiri interview ni.
email 1malaysia: i cuma nak sampaikan mesej ni kepada seluruh rakyat malaysia.. pakai je lah email ni, dah kerajaan nak bagi free. bukan kena bayar pun.
penulis: wow.. mesej yang penuh tersirat. ok lah, terima kasih kerana sudi luangkan masa untuk interview ni. salam 1malaysia.
email 1malaysia: ok.. ok.. sama-sama.

4 comments:

kalau rasa menyusahkan jangan komen ;)