Tuesday, June 21, 2011

Ada Duit Lebih? Belilah Pisau Cukur Berharga USD100,000

duit anda terlebih? ada dalam bank tapi tak tau nak buat apa? dicadangkan, kalau berminat, bolehlah beli pisau cukur jenama ZAFIRRO IRIDIUM yang berharga usd100,000 (rm320,000) untuk mencukur misai, janggut dan lain-lain bulu di badan anda.

sebab-sebab pisau cukur jenama ni 'sedikit mahal' dari pisau cukur jenama biasa adalah kerana:

  • mata pisau dibuat dari permata nilam
  • mata pisau tajam gila dan nipis, 5000 kali lebih nipis dari rambut manusia
  • 10 tahun jaminan untuk mata pisau, termasuk perkhidmatan mengasah semula
  • pemegangnya dibuat dari iridium, material paling kuat di planet bumi yang biasanya digunakan untuk membuat komponen enjin roket
  • limited edition, hanya 99 unit dibuat
  • skru yang dibuat dari 99.95% platinum
so lepas ni kalau pisau cukur gillette kat rumah tu dah tumpul, dan duit kat dalam bank pun ada lebih sikit, bolehlah beli ZAFIRRO IRIDIUM ni. untuk maklumat penuh, baca sini.



3 comments:

  1. ee: kawe nak sponsor demo 1 set, ado 6 biji. baru usd600,000.
    dik: plan asal dia mmg nak letak ZAFIRAH.

    ReplyDelete

kalau rasa menyusahkan jangan komen ;)