Sunday, June 26, 2011

Tipah Ditipu Jugak Akhirnya


semalam semasa tipah (bukan nama sebenar) sedang mengisi mengisi minyak di esso pandan safari, datang seorang mat pet (ini nama sebenar) dari negeri sabah datang dekat tipah.

mat pet: abang, mau beli ini? mau jual murah, mau pakai duit. ini n8 ori punya bang.
tipah: berapa kau nak?
mat pet: 800 saja bang.

memandangkan tipah selalu memandang hina golongan mat pet, maka tipah tak layan. lagipun tipah tau selalunya mat pet jual barang curi, tak pun barang tipu. selepas tipah menolak tawarannya, mat pet tu pun beredar dan menawarkan henpon nokia n8 tu kepada beberapa orang lagi yg tengah isi minyak. selepas gagal menjual kepada 7 orang yg berada di situ, mat pet kembali menghampiri tipah.

mat pet: bang, saya desperate sangat ni bang. ambiklah bang, saya kasi 500.
tipah: tak nak.
mat pet: 300?
tipah: tak nak.

300? nokia n8 tu woo!! rugi kalau tak beli ni. ni mesti yg ori kat kedai pun seribu lebih ni. tipah mula termakan pujuk.

tipah: cam ni lah. aku ada 200 dalam poket. kalau kau nak, aku bagi kau 200. kalau tak nak, kau berambus.
mat pet: 200 murah sgt la bang. up la sikit bang. 250 boleh?
tipah: 200! (buat muka garang). nak ambik tak nak sudah!
mat pet: ok bang! 200..

perghh.. tipah dapat beli n8 harga 200 je. tipah bangga. so hari ni, tipah cuba riki2 kat kedai. ada satu kedai tu jual n8 harga 1399. haha.. tipah dapat beli harga 200 je. dekat satu lagi kedai, tipah cuba nak test power. tipah pun tanya..

tipah: boss, kalau mau trade in ini henpon, berapa u angkat?
teuke henpon: sori boss, ini china set kita tarak angkat.. ini tarak value ooo..

2 comments:

  1. kena pesan gak kat tipah, memang dah bersepah samada mat pet atau juga sindiket. modus operandi sindiket (ilir ayat), dia tunjuk yang original siap kita boleh test power dulu. bila dah bayar dia tukar dengan set display (plastik) yang langsung tak boleh guna tetapi sama memang sebijik.

    ReplyDelete
  2. yg tipah dpt tu china set, buleh guna tp x ori le.

    ReplyDelete

kalau rasa menyusahkan jangan komen ;)