Thursday, July 19, 2012
Hari Pesara 1Malaysia: Kalau Dah Pencen Macam Mana Nak Cuti?
perdana menteri kita sekarang memang dalam mood bermurah hati. lebih-lebih lagi bila pilihanraya nak dekat, maka hati beliau akan bertambah-tambah murah. dan semalam, kebaikan hati beliau terserlah lagi apabila para pesara dianugerahkan dengan Hari Pencen 1Malaysia yang akan disambut pada 19 julai setiap tahun.
tapi, sedikit kemusykilan. kalau para pesara ni dah pencen dan tak bekerja, macam mana cara mereka menyambut hari pesara ini? kalau hari buruh, para buruh akan bercuti. kalau hari kebangsaan, rakyat 1malaysia akan bercuti. para pesara ni dah lama pencen dan bercuti panjang. macam mana nak celebrate? saya cadangkan kerajaan istiharkan cuti untuk semua bakal pesara di 1malaysia tidak mengira umur.
walau apa pun, saya tetap sayang 1malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hmmmm hari2 dapat cuti kan
ReplyDeleteya. mesti seronok. kecil besar tua muda semua cuti.
ReplyDelete