Monday, July 23, 2012

Perangai Buruk Rakyat 1Malaysia Ketika Bershopping


surat khabar star hari ni memaparkan 5 perangai buruk yang suka dilakukan oleh rakyat 1malaysia ketika membeli barang di kedai atau pasaraya. yang mana, ada di antaranya saya sendiri selalu buat.

5 perangai buruk tersebut:

  1. buka bungkusan tapi tak beli
  2. jolok dan tekan buah/sayur sampai lebam tapi tak beli
  3. menambah barang dalam bungkusan yang sudah ditimbang dan diletak harga
  4. tukar tanda harga atau bar code dengan harga yang lebih rendah
  5. cuba pakai underwear
menurut tauke mydin holdings berhad, perangai buruk ini menyebabkan kerugian hampir rm19 juta setahun kepada pasaraya beliau. itu baru giant, belum kira lagi tesko, keyfor, jayen dan lain-lain kedai.

harus saya akui bahawa yang nombor 2 memang selalu saya buat. tapi sumpah, bab underwear tu memang saya tak pernah buat.

4 comments:

  1. pening kawe smeta...menurut tokey mydin, pahtu oyak giant. kor demo pening sebab brehi buat hok nombor 2 tuh?

    ReplyDelete
  2. orang malaysia try spender sebab diorang punya saiz tak tetap. kadang2 besar, kadang2 kecik.

    ReplyDelete
  3. apa kaitan giant dengan mydin holdings?

    ReplyDelete

kalau rasa menyusahkan jangan komen ;)