Monday, December 3, 2012

Review: Rise Of The Guardians


movie ini tentang 4 orang penjaga (guardians) kanak-kanak iaitu Santa Klaus, Easter Bunny, Tooth Fairy dan Sandman yang cuba memujuk bakal guardian ke-5 iaitu Jack Frost untuk bergabung tenaga menentang orang jahat yang bernama Boogeyman. Keempat-empat guradians asal itu selama ini hidup bahagia kerana kanak-kanak percaya akan kewujudan mereka. tetapi sebaliknya berlaku kepada Jack Frost. beliau hidup tidak bahagia dan tidak dapat dilihat oleh kanak-kanak kerana mereka tidak yakin beliau wujud.

tetapi kehidupan empat guardian asal itu terancam kerana Boogeyman bercadang untuk mendatangkan mimpi ngeri kepada kanak-kanak di seluruh dunia yang akhirnya akan membuatkan mereka tidak percaya lagi kepada empat guardian asal. maka dari sinilah Jack Frost menyedari tentang kepentingan untuk beliau bersatu-padu dengan guardian asal untuk menentang Boogeyman. ini juga adalah peluang kepada beliau untuk meyakinkan kanak-kanak yang sebenarnya beliau wujud dan bersama mereka.

secara amnya, jalan cerita movie ini adalah straight forward dan sememangnya sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak seperti saya. saya suka Jack Frost sebab dia baik, suka bermain dan ada tongkat sakti. saya sangat tidak suka kepada Boogeyman sebab dia jahat dan gigi dia kotor. dalam ramai-ramai guardians, Sandman adalah yang paling power walaupun badannya adalah yang paling chubby. cubalah tengok movie ini. agak best..

p/s: review ini adalah ditulis oleh anak perempuan saya.

No comments:

Post a Comment

kalau rasa menyusahkan jangan komen ;)