Thursday, December 20, 2012

Apa Orang Lain Pikir Pasal Kiamat 2012

kononnya hari ini, 21 disember 2012, dunia akan kiamat. ramalan ini dibuat oleh kaum mayan yang wujud di mexico sekitar tahun 1500. kata sesetengah orang, haram bagi orang islam percayakan benda ni. saya pun tak percaya, sebab tu saya belum habis bertaubat lagi (ishh.. boleh ke cakap macam ni?).

tapi ada sesetengah makhluk manusia yang percaya akan benda kiamat ni..

bala joe percaya dunia akan dilumpuhkan oleh ribut solar dan dunia akan bergelap selama berbulan-bulan. memang bala la bala joe ni..

ranjit percaya salji akan turun di negara kita..

geng ni percaya dunia akan diserang zombie, tsunami dan juga serangan penyakit yang dasyat.
 
 
sebenarnya kepercayaan kiamat ini wujud kerana kalendar ciptaan kaum mayan hanya mempunyai tarikh sampai 21 desember 2012 sahaja. mereka bukan secara terangan kata kiamat akan tiba pada hari ni. kesian, sebab orang mayan buat kalendar tak habis, bala joe dan rakan-rakan terpaksa bersusah payah.
 
laporan asal dari the star.

No comments:

Post a Comment

kalau rasa menyusahkan jangan komen ;)