Friday, December 16, 2011

Why Politic Sucks


baru habis baca satu artikel yang ditulis oleh Dr Shad Salim Faruqi. beliau menerangkan perbezaan antara ahli politik dan aktivis politik. dan sekarang aku betul-betul paham kenapa politik di malaysia adalah 'sucks'.

menurut beliau, objektif ahli politik ialah kuasa. objektif aktivis politik adalah perubahan. ramai orang menjadi ahli politik adalah sebab nafsu mereka kepada kuasa. tidak kira samada politikus kerajaan atau pembangkang. mereka masuk politik bukan untuk berkhidmat kepada rakyat atau melakukan perubahan. kekadang, niat untuk berkhidmat kepada rakyat adalah benda yang terakhir ada dalam pemikiran mereka. manakala aktivis politik bergiat aktif hanya kerana mereka ingin perubahan. mereka tidak pernah menyertai mana-mana parti politik. mereka hanya bertindak di luar lingkaran politik kepartian.

justeru, segala spesis katak-katak yang melompat parti di negara kita adalah contoh 'ahli politik'. mereka masuk politik hanya semata-mata untuk isi perut mereka sendiri. manakala contoh aktivis politik yang paling nyata adalah raja petra kamarudin. mamat ni tak pernah masuk mana-mana parti politik. tapi suaranya sentiasa lantang kedengaran. beliau bersuara sebab inginkan perubahan.

sekarang baru aku tau..

disclaimer: gambar di atas tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang telah hidup atau masih mati.

No comments:

Post a Comment

kalau rasa menyusahkan jangan komen ;)