Tuesday, December 13, 2011
1Subsidi 1Tepung 1Malaysia
hatta di paket tepung gandum sekali pun ada tertera cetakan kalimah-kalimah yang mengingatkan kita semua rakyat jelata yang hina, betapa bertuahnya kita dinaungi kerajaan 1malaysia sekarang.
patut disyukuri oleh kita semua, kerajaan 1malaysia yang maha agung teramatlah prihatin akan makan minum rakyatnya. segala bentuk bahan makanan dan barang keperluan rakyat, tidak terkecuali tepung gandum multi purpose flour, telah diberikan subsidi harga, supaya rakyat tidak terbeban dengan kadar inflasi negara, yang terus mencanak naik tak turun-turun.
suka juga diingatkan kepada rakyat jelata sekalian, supaya jangan jadi bodoh dan tertipu. adalah bahawa duit subsidi untuk tepung gandum multi purpose flour itu adalah duit kalian juga. memang itu dinamakan duit kerajaan tapi sumbernya adalah dari kita semua rakyat jelata yang hina. bukannya datang dari duit poket pak-pak menteri negara 1malaysia.
p/s: serius, mati-mati aku ingat cuma kat stesen minyak je ada menatang jadual subsidi ni. dah 33 tahun hiudp ni 1st time terjumpa menatang ni kat paket tepung gandum. damn..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Baru 33 tahun boh.... masih banyok kejutan hok akan demo buleh kelih
ReplyDeletehaha.. x sabar nok kelih nih..
ReplyDelete