Tuesday, December 20, 2011

Kisah Pemimpin Agung 1Korea 1Utara


Uncle Kim yang aku kenal hanya melalui gaya rambutnya, sudah kembali ke rahmatullah 2, 3 hari lepas. sebagai pemimpin terunggul negeri 1korea 1utara (lebih unggul dari pemimpin agung negeri 1malaysia), kematian uncle kim ditangisi rakyatnya.

tapi, sebagaimana berahsianya pentadbiran beliau, maka begitu jugalah dengan gaya hidup peribadi beliau. dan berikut antara beberapa rahsia gaya hidup uncle kim yang dicungkil oleh pihak barat. but please bear in mind, media barat adalah pakar dalam agenda memburukkan orang timur.

1. anjing beliau lebih mewah hidupnya berbanding rakyat 1korea 1utara. beliau pernah menangkap seorang staf yang mencuri dan makan daging yang disediakan untuk anjing beliau. akibatnya, mamat tu dihantar ke kem buruh selama 2 tahun sebagai hukuman.

2. uncle kim mempunyai koleksi 20,000 keping movie (cd pirate kot) dengan movie paling digemari beliau ialah rambo dan james bond.

3. uncle kim ialah kaki mabuk nombor wahid dengan minuman kegemaran beliau ialah henessy cognac. agaknya kat rumah uncle kim takde air kosong, kalau nak telan panadol kena minum dengan wiski. beliau dikatakan membelanjakan sebanyak $720,000 setahun untuk beli arak, sedangkan pendapatan purata rakyat beliau hanya $900 setahun.

4. ketika rakyat 1korea 1utara hanya mampu beli basikal terpakai dari jepun, uncle kim adalah collector 'big boys toys' yang extravaganza. antara barang yang beliau miliki ialah jetski, peti karaoke, superbike dan gelanggang basketball standard NBA. beliau juga adalah seorang taik judi.

5. seketika selepas insiden uncle kim jatuh kuda pada tahun 1992, beliau terpaksa disuntik dengan painkiller setiap hari. dalam masa yang sama, beliau akan mengarahkan 5 orang staf beliau juga disuntik dengan benda yang sama. uncle kim kata, kalau ketagih, takdelah aku sesorang je yang kena. bengong..

itu antara kisah uncle kim. betul ke tak, wallahu a'lam.

artikel asal baca di sini.

No comments:

Post a Comment

kalau rasa menyusahkan jangan komen ;)