popcorn ini rasanya bukan untuk orang yang jenis macam aku, yang selalu mencari kedai makan yang kos makan tengah harinya tidak melebihi kadar rm5 untuk nasi beserta dengan air. garrett popcorn yang beasal dari
chicarito chicago, amarika ini adalah popcorn golongan bangsawan, kerana harga sebungkus bermula dari rm16 sehinggalah yang paling mahal rm229 (lagi mahal dari henset aku dowhh..!!). dengan rangkaian perasanya terdiri dari Plain, Buttery, CaramelCrisp, CheeseCorn, The Chicago Mix, Macadamia CaramelCrisp, Almond CaramelCrisp dan Cashew CaramelCrisp, rasanya popcorn ini cukup hip untuk remaja-remaja hipster yang selalu lepak di klcc, midvalley atau pavilion dengan kamera dslr tergantung di leher (apa ke jadah motifnya pun aku tak tau).
popcorn mahal ini hanya ada dijual di KLCC dan 1utama dan bersedialah untuk beratur panjang sejauh 3.5km jika datang pada hari minggu. aku tak pernah try lagi benda ni tapi aku gerenti kalau makan ni takkan ada biji jagung yang tak meletup akan melekat dicelah gigi, seperti yang berlaku setiap kali makan popcorn pasar malam.
perasa CaramelCrisp yang ada kacang
clockwise from top: CaramelCrisp, The Chicago Mix dan Spicy CheeseCorn
outlet di KLCC
oloh....patut la sero berat leher kawe. ado bendo dok tegatum.... huhuhuhu
ReplyDeletehahaha.. jange bsero boh. buke demo tu..
ReplyDelete