apa usha-usha ni? tak penah jumpa makcik gad ke?
meninjau mencari mangsa untuk ditiup wisel.
dia tak pedulik, kau melayu , mat saleh, datuk, nenek, hitam, putih, bangla, vietnam, indon, negro, gila, sewel, kacak, bergaya, papa, kedana, gay atau lesbian, bijak atau bodoh, dia akan meniup wisel dan melayangkan kad merah kepada sesiapa sahaja yang memasuki kawasan kolam dengan memakai kasut atau selipar. dan tiada sesiapa yang berani melawan.
itu nasib baik dia tiup wisel je. paling kaut lepas tu pun dia cuma sound kita sambil berleter. macam mana kalau di masa depan makcik-makcik sekuriti ini dibekalkan dengan senapang patah dan diberi kuasa untuk menembak sesiapa sahaja yang memasuki kawasan kolam dengan berkasut?
No comments:
Post a Comment
kalau rasa menyusahkan jangan komen ;)