the star, 4 may 2011
al kisahnya, disebabkan kekurangan modal untuk kahwain, si uda (26) dan si dara (25) merancang untuk buat satu 'penculikan'. so, pada hari ahad lepas jam 6.30 petang, mereka hantar satu sms kepada bapak si dara inform dia yang si dara dah kena culik. berikutnya jam 9 malam, mereka hantar satu lagi sms meminta si bapak menyediakan rm47,000 dan sebuah kereta sebagai tebusan untuk menyelamatkan si dara.
so apa lagi, si bapak buatlah report polis. disebabkan oleh ketangkasan polis, maka 'penculik' itu telah ditangkap pada hari isnin lepas jam 10.15 malam di kl sentral. maka terbongkarlah segala plot dan cerita mereka berdua. dan yang sadisnya, kes ini di siasat di bawah seksyen 3(1) akta penculikan, yang mana jika didapati bersalah, boleh membawa kepada hukuman mati atau penjara seumur hidup. sadis betul.
nasihat: kalau nak kawin, kumpullah duit awal-awal. kalau tak cukup jugak, pinjamlah dengan bank rakyat. jangan main culik-culik, bahaya.
No comments:
Post a Comment
kalau rasa menyusahkan jangan komen ;)