Monday, May 9, 2011

Rilek.. Jangan Mengamuk Harga Gula Naik

situasi agak panas sekarang. rasanya sudah berbakul-bakul sumpah seranah dilemparkan kepada kerajaan kerana menaikkan harga gula. macam-macam kutukan dan jugak sindiran dah keluar dekat facebook. al maklumlah, rakyat malaysia ni memang sensitif kalau bab makan dan bahan membuat makanan.

entri ni bukan ditulis untuk memarakkan lagi api kemarahan  yang terbakar. tapi untuk mengajak semua rakyat malaysia berpikir secara rasional. kalau di ikutkan kronologi kes, baru-baru ni kerajaan dah cuba limitkan penjualan nasik lemak di kantin sekolah. dan sekarang kerajaan menaikkan harga gula. boleh dikatakan, sebenarnya kerajaan prihatin dengan kandungan gula dalam darah kita, rakyat malaysia. tak caya? sehari dua lagi akan keluar dalam suratkabar dan jugak tv, para menteri akan beri nasihat tentang kemudaratan penggunaan gula yang berlebihan. mereka akan menyarankan supaya kita kurangkan penggunaan gula. 1 SUDU SAHAJA SUDAH CUKUP, kata mereka.

dan yang pasti, kerajaan tidak mahu kanak-kanak di malaysia menjadi sedemikian rupa




2 comments:

kalau rasa menyusahkan jangan komen ;)