Sunday, May 8, 2011

Proses Jual Beli Dengan Makcik Angguk


tengah hari tadi gua pi beli sup perut dekat satu gerai di lembah kelang. perbualannnya berbunyi seperti berikut..

pembeli: makcik, sup perut ada?
makcik: (angguk)
pembeli: sup daging ada?
makcik: (angguk)
pembeli: bagi sup campur bungkus la makcik..
makcik: (angguk)
pembeli: bungkus besar ye cik
makcik: (angguk)

selepas 2 minit

pembeli: siap dah cik?
makcik: (angguk)
pembeli: (hulur duit rm10)
makcik: (hulur balik belen rm2)
pembeli: time kasih makcik ye
makcik: (apa lagi, angguk le)

makcik tidak mengekuarkan sepatah perkataan sepanjang proses jual beli selama 5 minit.

gambar di atas adalah hiasan semata-mata. makcik angguk sebenar lebih muda dari yg dlm gambar atas tu.

No comments:

Post a Comment

kalau rasa menyusahkan jangan komen ;)